,
Gegar Vaganza 2021

'Masih Aku Terasa', Lagu-Lagu Ini Akan Dinyanyikan Bintang GV8 Untuk Konsert Kedua! Mampu Ker?

Amri Hassan
27/11/2021
14:49 MYT
Konsert pertama Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan tiada penyingkiran 13 bintang yang bertanding pada tahun ini.
Masing-masing boleh menghela nafas lega, namun adakah mereka yakin mampu menambat hati tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang pada minggu ini?
Konsert kedua GV8 bertemakan 'Masih Aku Terasa', yang mana setiap bintang akan menyanyikan lagu yang sinonim dengan genre dan zaman masing-masing.
Wah! Nampak macam senang sebab semua masih berada dalam zon selesa, lagi pula ada yang mendapat lagu sendiri.
Tapi tema minggu ini menjadi cabaran utama juga kerana zon selesa itu sebenarnya perangkap. Jaga-jaga tu!
Jom bersiap sedia dengan senarai lagu konsert kedua GV8!
1. Kasih Tak Sampai (Padi): Aliff Aziz
2. Istana Menanti (Rahim Maarof): Adibah Noor
3. Untukmu Sayang (Febians): Bandi Amuk
4. Drama (Nikki Palikat, Ning Baizura, Yanie): Nikki Palikat
5. Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo): Aweera
6. Gerhana (Kembara): SAYA
7. Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip): Suki Low
8. Malam (Kembara): Shidee
9. Parah Parah (Ayda Jebat): Upiak Isil
10. Sekelip Mata Kau Berubah (Lestari): Azzan Scan
11. Selangit (Mas Idayu): Ani Maiyuni
12. Kaulah Gadisku (Nico): Nico
13. Laguku Untukmu (Hasnol): Datuk Fazley Yaakob
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

gempak
03/10/2024
06:42 MYT
Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.
Berita

Harimau Malaya Bakal Ada Lagu Sendiri, Warner Music Malaysia Sudah Membayangkan Penyanyinya - "Ia Menjadi Suar Harapan, Sumber Inspirasi, Simbol Perpaduan"

gempak
03/10/2024
04:55 MYT
Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan mempunyai sebuah lagu tema rasmi selepas ini.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Hero-Hero Nasi Lemak Berkampung Di 'I Eat Nasi Lemak' - "Rakyat Malaysia Boleh Makan Ramai-Ramai Tak Kira Bangsa & Agama"

gempak
02/10/2024
14:10 MYT
I Eat Nasi Lemak akan kembali pada 5 dan 6 Oktober 2024 untuk meraikan budaya sarapan pagi Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh FriedChillies bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara, bersempena dengan Road To Unesco - Meraikan Warisan Kita.
BorakSeeni