Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Memang Teruk" - Jatuh Bottom 3, Adibah Noor Mohon Maaf! Tapi Peminat Pula Bengang Sebab ...

Hanafis Haris
03/01/2022 06:30 MYT
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor akui persembahannya menyampaikan lagu Berdiri Bulu Romaku nyanyian Hetty Koes Endang malam semalam agak teruk.

Susulan itu, dia dengan terbuka hati menerima markah yang telah diberi oleh pihak juri.

"Memang teruk guys, i deserved it. Kita cuba lagi minggu depan.

"Sorry guys," katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Susulan daripada kenyataan itu, posting Adibah 'dihujani' dengan pelbagai reaksi daripada peminat.

Paling mencuri tumpuan, ramai peminat Adibah tidak berpuas hati apabila penyanyi berkenaan berada di kedudukan tiga terbawah.

Menurut mereka, biarpun susunan muzik nampak berbeza, namun Adibah tidak sepatutnya berada di kedudukan tersebut.

"Mana ada teruk kak, love the creativity".

"Malam tadi punya hal biarkan berlaku, good luck next week".

"Tak sepatutnya bottom tiga, buat sesuatu yang fresh harus diberi kredit," tulis beberapa netizen.

Sekadar info, semalam Adibah menerima markah sebanyak 56.7%, sekali gus berada di kedudukan tiga terbawah.

Menurut juri Hetty Koes Endang, dia menghargai apa yang dilakukan Adibah apabila menyuntik elemen tradisional seperti dikir barat.

Walau bagaimanapun, jelas Hetty, perubahan yang dibuat agak kurang serasi dengan Adibah.

Untuk rekod, semalam penyanyi rock Bandi Amuk menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) keempat yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh.

Bandi mendapat markah 53.8% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.

BACA : GV8: Berdepan Masalah Intonasi, Bandi Amuk Tersingkir Minggu Ke-7! Markah Tipis Dengan…


#GV #GV8 #Gegar Vaganza 2021
;