Gegar Vaganza 2021

“Saya Masuk GV Kerana…” Adibah Noor Akui Kali Pertama ‘Dilamar’ Produksi, Bakal Jadi ‘Anak Murid’ Yang Baik Tanpa Complaint!

gempak
Hanafis Haris
11/11/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Masuk GV Kerana…” Adibah Noor Akui Kali Pertama ‘Dilamar’ Produksi, Bakal Jadi ‘Anak Murid’ Yang Baik Tanpa Complaint!

Penyanyi bersuara lantang Adibah Noor tampil menjawab persoalan ramai mengenai keputusannya untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Menurut Adibah, ini merupakan kali pertama dia ditawarkan memasuki GV dan keputusan dibuat atas dasar sokongan peminatnya.

“Ini adalah kali pertama saya ditawarkan dan setiap tahun GV berlaku, orang ramai yang menyokong meminta supaya saya memasuki.

“Please join kata mereka. So kali ini apabila ditawarkan, saya terus setuju demi peminat,” katanya.

Ditanya adakah dia bersedia dihakimi secara terbuka sepanjang berada di pentas GV, Adibah menjelaskan dia perlu berani menerima apa jua kritikan.

“Kalau saya berani buat saya kena berani terima. Saya juga pernah menyandang dan tugasan sebagai juri dalam beberapa pertandingan realiti.

“Jadi kali ini, saya pula berada di sebalik itu pula. Jadi kalau saya berani buat dekat orang saya kena berani tanggung. Macam benda-benda lain jugalah, so saya terima,” katanya.

Tambahnya, dia juga bersedia untuk mencuba perkara baru biarpun di luar konteks atau ‘forte’ nyanyiannya.

“Saya bakal menjadi ‘murid’ yang baik kali ini dan tidak akan masuk ke dalam aura yang orang sedia maklum kerap protes dan asyik nak ‘complaint’.

“Ikut je lah, saya akan cuba, tapi kalau betul-betul saya akan bagitahu,” katanya.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live