Gegar Vaganza 2021

"Saya Tak Boleh Cerita Benda Ni Tapi..." - Hilang Fokus Ketika Konsert, Bandi Amuk Kena Gangguan?

gempak
Hanafis Haris
13/12/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Boleh Cerita Benda Ni Tapi..." - Hilang Fokus Ketika Konsert, Bandi Amuk Kena Gangguan?
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Bandi Amuk akui persembahannya di konsert minggu keempat malam semalam bukanlah yang terbaik.
Menurut Bandi, dia hanya memberikan 60 peratus daripada apa yang sepatutnya.
Tambah mengejutkan, Bandi mendedahkan dia menerima 'gangguan' ketika membawa lagu Satu Kesan Abadi milik kumpulan Iklim.
"Terus terang saya cakap condition saya 60% je daripada apa yang ada pada Bandi.
"Sebab ada benda lain yang mengganggu saya punya konsentrasi.
"Saya sebenarnya tak boleh cerita keluar benda ni, tapi itu salah satu benda yang kacau konsentrasi untuk nak menyanyi," katanya.
Jelasnya, dia juga memohon maaf sekiranya persembahan minggu keempat telah mengecewakan peminat setianya.
"Saya mohon maaf pada semua kat luar sana, Bandi sayang anda semua, terima kasih atas doa-doa.
"Hopefully kalau ada rezeki, minggu depan Bandi ada, saya akan lalukan terbaik," katanya.
Sekadar info, Datuk Fazley Yaakob menjadi bintang GV8 kedua tersingkir pada konsert keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Bertemakan Berdiri Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu hanya mampu menerima markah 50% berbanding bintang lain.
BACA: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live