Gegar Vaganza 2021
"Saya Temukan Dunia Bebas, Tiada Tekanan!" - Upiak Isil Pernah 10 Hari Tak Mandi, Terpaksa Buat 3 Kali Sehari Sebab GV8
Bintang negara seberang, Upiak Isil, 35, mendedahkan dirinya seorang individu yang punyai tabiat tidak gemar mandi.
Malah, pelantun lagu Tak Tun Tuang itu memberitahu dia pernah tidak langsung menjirus air ke anggota badan selama 10 hari sebelum ini.
Namun, tabiatnya itu terpaksa ditukar apabila menyertai Gegar Vaganza 8 (GV8) kerana enggan orang sekeliling merasa kurang selesa dengan bau badannya.
"Sejujurnya ketika menyertai GV ni barulah saya rajin mandi. Ya, betul. Sehari tiga kali mandi. Nanti jurusolek dan penata rambut cakap saya busuk kalau tak mandi. Kalau tak, tak mandi.
Paling lama pernah 10 hari tak mandi-mandi," katanya kepada Gempak.
Ditanya punca pilihannya untuk tidak mandi itu, jelas Upiak dia seakan-akan menemukan dunia yang bebas tanpa perlu mengikut tuntutan tertentu termasuk keperluan membersihkan diri.
"Saya rasa kalau tak mandi tu, kita menemukan dunia yang bebas, tiada tekanan dan tidak disuruh apa-apa. Okey saja, enjoy! Kita menemukan kehidupan yang gembira.
"Ini tuntutan untuk persembahan, kalau tak mandi macam mana orang nak dekat dengan kita. Busuk!" tambahnya.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Must-Watch Video