Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sesiapa Boleh Jadi Juara, Tapi Ada Dua Nama Ni Saya ..." - Tok Ram Ramal Juara GV8?

Amri Hassan
22/01/2022 22:45 MYT
Maestro muzik tersohor Datuk Ramli MS menyifatkan persaingan antara keenam-enam bintang di pentas akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) antara paling sengit.

Sukar untuk meramalkan siapa bakal juara kali ini, kongsi Ramli beliau bagaimanapun melihat potensi calon juara ada pada dua nama bintang GV8 yang berjaya mara ke final.

"Ya, sukar untuk meramal siapa bakal juara. Bagi saya, sesiapa saja boleh menjadi juara.

"Tapi saya melihat ada dua nama yang saya tak boleh beritahu," ulasnya.

Dalam pada itu, pesan Ramli agar setiap bintang mempamerkan persembahan sehabis daya untuk pentas akhir GV8 yang akan berlangsung pada malam ini.

"Pastikan sampai lebih daripada siling mereka. Mereka (finalis) kena tunjuk dan persembahkan sesuatu di pentas akhir.

"Pastikan sampai level 10/10," pesannya.

Pentas akhir bakal menyaksikan pertemuan sengit antara Aweera, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor, Nikki Palikat dan Suki Low.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

#Viral #Konsert #Gegar Vaganza #Datuk Ramli MS #Aliff Aziz #Aweera #Adibah Noor #Juara #Tok Ram #Finalis #GV #GV8 #Ramal #Nikki Palikat #Azan Scan #Suki Low