Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Shidee Memang Dijangka, Ani Maiyuni Lagu Slow & Fast Macam Berlenggang" - Tok Ram Ulas Penyingkiran Dua Bintang GV8

Amri Hassan
16/01/2022 22:28 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menyifatkan kedua-dua bintang yang tersingkir pada konsert separuh akhir malam tadi dipersetujui sebulat suara oleh barisan juri.

BACA: GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...

Jelas Ramli atau lebih popular dengan panggilan Tok Ram, Shidee dan Ani Maiyuni tidak melaksanakan tugasan (lagu) yang diberi dengan sebaik mungkin.

"Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka (Shidee & Ani Maiyuni) merupakan paling rendah. Shidee memang sudah dijangka, manakala nyanyian Ani kedua-dua lagu tidak begitu bagus. Lagu slow dan fast macam berlenggang.

"Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Execution persembahan mereka juga tidak begitu bagus," ulas Ramli.

Shidee yang menyanyikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) gagal menempatkan diri ke pentas final minggu hadapan apabila memperoleh markah terendah 58.3%.

Manakala, Ani Maiyuni pula hanya memperoleh markah sebanyak 61%, menjadi peserta yang turut mengikut jejak langkah Shidee tersingkir pada minggu separuh akhir.

Persembahan bertenaga Ani menerusi lagu Let Get Loud (Jennifer Lopez) dan Sumpah (Aina Abdul) malangnya gagal menambat hati juri untuk melangkah ke pentas akhir.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
#Penyanyi #Viral #Konsert #Gegar Vaganza #Ramli MS #Tersingkir #Tok Ram #GV #Separuh Akhir #Ani Maiyuni #GV8 #Shidee