Tak Lolos Top 3, Tak Jadilah Bandi Amuk Buka Topeng - "Saya Tak Umpan Apa-Apa, Kalau Allah Tak Izinkan ..."
Amri Hassan
03/01/2022 06:25 MYT
03/01/2022 06:25 MYT
Mengikut jejak langkah Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan Nico G, Bandi Amuk menjadi bintang keempat tersingkir pada konsert ketujuh Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung Ahad.
Bandi bagaimanapun berlapang dada dan menerima penyingkirannya secara optimis.
"Saya tak kisah pun sebab saya sudah berikan yang terbaik pada hari ini, sekadar termampu. Saya pun tak sedih tersingkir sebab saya tahu keupayaan saya setakat mana.
"Saya berpegang pada prinsip saya dan mungkin saya tak sesuai nyanyi dengan ton (suara) yang bukan-bukan. Tapi tak bermakna saya tak boleh buat, cuma saya dah lama tinggal.
"Juri punyai pendapat dan saya menyokong, bersetuju sebulat suara.
"Lagipun saya menganggap Tok Ram (Ramli MS) sebagai kilang ilmu. Saya bersetuju dengan keputusannya dan dia yang mengajar saya untuk menjadi lebih bagus.
"Kalau duduk dengan dia, saya dah anggap seperti bapa saya sendiri," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat memberitahu hasratnya untuk membuka topeng sekiranya berada di pentas final tidak kesampaian.
"Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya. Tapi Allah tak izinkan.
"Mungkin sampai tahap ini, jadi niat itu terkubur. GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya.
"Tapi selepas menyatakan hasrat untuk membuka topeng, ramai yang marah dan minta jangan buka. Buat apa nak gadaikan aset saya, ini trademark saya sejak sekian lama. Jadi saya pun terfikir balik," katanya.
Tegas Bandi lagi, prinsip perjuangan dalam dunia rock bersama Amuk sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada hidupnya, maka sukar untuk dia menukar hala tuju muzik dan minatnya.
"Apa yang saya perjuangkan bersama Amuk dari dulu sampai sekarang terlalu besar. Nak saya menyanyi dengan stail berbeza rasanya sedikit sulit.
"Saya tak belajar dari mana-mana dan saya berpegang dengan apa yang saya buat. Bersama Amuk, saya bangga! Walau tujuh minggu dalam GV8, sejarah bersama Amuk saya takkan korbankan," tegasnya yang bakal meneruskan program yang tertangguh bersama Amuk sejak menyertai GV8.
Bandi mendapat markah tercorot iaitu 53.8% selepas kumpulan duo Sa.Ya yang mengutip markah 54%.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.