Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terrifying & Impressive! Rating Lebih 90%, Ini 5 Sebab Mengapa A Quiet Place 2 Wajib Ditonton!

Hanafis Haris
15/12/2021 05:44 MYT

Berjaya membuatkan ramai 'jaw dropping' menerusi karya pertama, filem Quite Place muncul kembali dengan bahagian kedua.

Masih menampilkan barisan pelakon sama, pastinya ramai peminat filem horror dan thriller ini tertanya-tanya apakah kesinambungan daripada filem terdahulu.

Bagi anda yang mungkin tertanya apakah faktor utama mengapa A Quiet Place Part II wajib ditonton, ini antara sebabnya!

#1 Apa terjadi kepada keluarga Evelyn selepas A Quiet Place pertama?

Pengakhiran untuk A Quiet Place pertama menimbulkan 1,001 tanda tanya khususnya buat Evelyn dan anaknya.

Sejauh mana mereka terselamat dan bagaimanakah mereka meneruskan hidup daripada makhluk tersebut, semuanya bakal terjawab dalam filem terbaru ini.

#2 Evolusi Makhluk Asing

Untuk filem pertama, penonton sudah melihat bagaimana makhluk yang menyebabkan dunia beralih kepada zaman apokalips.

Biarpun tidak mampu melihat, namun makhluk asing ini sangat peka dengan deria bunyi.

Disebabkan itu jugalah, manusia kini diambang kepupusan. Terrifying!

Namun, bagaimanapun untuk kesinambungan sequel kedua? Adakah makhluk ini bakal menjadi ganas atau menjadi sebaliknya?

Anda kenalah tonton filem ini!

#3 Kehadiran Emily Blunt

Watak Evelyn dibawakan oleh aktres hebat ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Masih terngiang-ngiang babak Evelyn yang terpaksa menahan sakit dan senyap ketika melahirkan anaknya. Semuanya gara-gara kemunculan makhluk asing tersebut.

Pastinya untuk filem kedua, babak yang 'dihidang' lebih menyeramkan.

#4 Human Survivability

Menerusi filem ini, kita akan melihat bagaimana manusia berusaha untuk meneruskan hidup biarpun dunia telah menuju ke era apokalips.

Sudah tentunya, ia memberi banyak gambaran tentang apa yang bakal berlaku sekiranya ia benar-benar terjadi.

Perspektif berbeza ini sememangnya wajar ditonton kerana ia bukanlah seperti filem klishe biasa.

#5 Rating Melebihi 90%? Impressive Betul!

Filem kedua ini sebenarnya menerima positif yang cukup baik daripada penonton serta pengkritik profesional.

Bayangkan A Quiet Place Part II menerima 92% daripada penonton dan 91% daripada pengkritik filem menerusi laman web Rotten Tomatoes.

Hebat bukan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton A Quiet Place 2 dan A Quiet Place sekarang!

Sewa A Quiet Place 2 -movie collection di Astro Best (Saluran 481) dan On Demand Store.



#Viral #Movie #OnDemand #AstroBest #QuitePlace