Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Arwah Achik Spin Suka Gurau Dengan Saya" - Imbau Kenangan Lama, Naqiu Gementar Nak Duet Dengan Siti Nordiana

Amri Hassan
30/10/2019 04:09 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy akui gementar untuk menyanyikan lagu Gurauan Berkasih yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana 16 tahun lalu.

Jelas Naqiu, sebagai sahabat yang mengenai arwah Achik, persembahannya pada konsert keempat GV2019 bakal menjadi sebahagian daripada kenangan baru buatnya.

"Lagu Gurauan Berkasih itu besar suatu ketika dahulu malah sampai sekarang pun.

"Arwah Achik pun kawan baik saya yang suka bergurau dengan saya suatu ketika dahulu.

"Malah, Nana pun bukan calang-calang penyanyi... Juara GV lagi.

"Apapun, situasinya sama seperti saya menyanyikan semula lagu Meraung, persembahan itu akan dinyanyikan mengikut cara dan 'feel' saya," katanya kepada Gempak.

Naqiu menggungguli kedudukan teratas GV2019 selama dua minggu berturut-turut.

Menganggap ia sebagai rezeki dan motivasi untuk membuatnya beraksi lebih baik pada minggu mendatang, Naqiu akui situasi itu sedikit sebanyak membuatnya tertekan.

"Saya lebih takut minggu ini sebab saya perlu kekalkan momentum daripada minggu ketiga. Saya akan cuba sehabis baik," ujarnya.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Achik Spin #Gegar Vaganza 2019 #Naqiu Boboy