Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Batuk Non- Stop, Demam, Saya Dah Berikan Sehabis Baik” - Persembahan Tak Feel, Feeza Tak Mahu Kesihatan Jadi Alasan

Mya Amri
18/11/2019 09:30 MYT
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Feeza menjadi bintang keempat tersingkir.

Menurut Feeza, dia menerima keputusan itu dan tidak mahu menjadikan kondisi kesihatannya sebagai alasan kepada prestasi persembahannya.

“Sebenarnya saya tidak berapa sihat tetapi saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan, sebab itu saya cuba sehabis baik sejak daripada sesi latihan lagi.

“Saya dah mula demam sejak hari Selasa dan mengalami batuk yak tidak henti-henti. Tak mengapa yang penting saya dah buat yang terbaik dan itulah yang termampu saya lakukan.

“Dari minggu sebelum ini pun saya dah bersedia dengan kebarangkalian penyingkiran saya tetapi Tuhan bagi rezeki pada saya bertahan hingga ke minggu keenam,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Feeza mengakui tidak akan berputus asa dan percaya pada rezeki selepas tersingkir daripada GV2019.

“Tak sangka berjaya hingga ke tahap ini, niat itu mencuba hingga ke final itu memang ada. Tipulah kalau kata taka da.

“Tak mengapa, berjaya hingga ke minggu keenam pun dah rasa bangga sebab bukan senang, syukur sangat-sangat.

“Walaupun dah terkeluar, saya percaya pada rezeki dan ketentuan Tuhan, Mungkin ada rezeki lain untuk saya di luar sana, siapa tahu kan?” ujarnya.

Terdahulu, Feeza telah menyampaikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal Siti Nordiana.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila nama Feeza diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 46%.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, komposer Saari Amri.

BACA: GV2019: Hady Mirza Rampas Takhta Juara Mingguan, Feeza Akur Tersingkir

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Yogurt Farmfresh kaya dengan mineral seperti kalsium, protein, potassium, phosphorus dan vitamin D (ditambah) bagus untuk kekuatan tulang dan gigi sekali gus mengurangkan risiko masalah osteoperosis.
#GV2019 #Feeza