Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakwa Kekwat Dengan Peminat Sampai Dimaki-Maki Han*t! Ada Pihak Cuba Sabotaj Naqiu Boboy?

Amri Hassan
21/11/2019 03:25 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy enggan mengambil pusing kononnya ada pihak ingin mensabotaj imej bersihnya dengan memberikan konotasi negatif terhadap layanannya terhadap peminat.

Jelas Naqiu, dia lebih terguris apabila ada segelintir pihak yang menggunakan perkataan kasar terhadapnya berhubung kejadian itu.

"Saya tak kisah pun kalau ada yang cuba nak sabotaj saya. Saya terguris disebabkan makian!

"Saya ketua keluarga, ada anak-anak jadi saya lebih defensif terhadap kata-kata kasar sebegini. Ia akan mencalarkan nama baik saya dengan keluarga saya.

"Janganlah maki-maki. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa cuma berkecil hati," katanya kepada Gempak.

Naqiu diminta mengulas mengenai status tular kemarahan beberapa peminatnya di laman sosial beberapa minggu lalu yang mendakwa vokalis kumpulan Boboy itu enggan melayan peminatnya yang menunggu berjam-jam selepas habis konsert GV.

Susulan dengan kejadian itu, ada yang menggunakan perkataan kasar termasuk 'han*t'.



Oleh itu, Naqiu berkongsi semula kisah sebenar yang berlaku pada malam tersebut.

"Selepas konsert memang ada peminat yang berjumpa saya di parking tetapi kebanyakan mereka terdiri daripada peminat yang berdaftar sebagai Naqiurious dan membayar untuk mendapatkan kad keahlian. Jadi, saya utamakan mereka.

"Apabila hujung-hujung, saya pun sudah penat dan ada peminat yang bukan dari kelab saya nak bergambar saya tetap layankan cuma tak sempatlah semua.

"Malah, ketika itu kami diberikan amaran daripada pengurusan parkir bahawa ruang itu akan ditutup jadi kami terpaksa beredar.

"Namun, tak sangka pula tiba-tiba viral isu ini dan saya tak sangka status itu ditujukan pada saya.

"Apapun, ini lumrah. Saya tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu salah satu pengajaran buat saya," tambahnya.

Bagaimanapun, Naqiu menyerahkan isu tersebut untuk diselesaikan oleh pihak pengurusannya.

"Saya kenal individu terbabit sebelum saya masuk GV lagi malah saya masih like komen-komen dia.

"Daripada apa yang saya dengar, ada yang telah membuat permohonan maaf. Saya juga nak minta maaf kepada individu terbabit dan cuba elakkan perkara ini berulang," kata Naqiu.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Viral #Viral #Gegar Vaganza 2019 #Naqiu Boboy
;