Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gegar Vaganza 6

Daripada 91 Susut 20 Kilogram, Ini Rutin Diet Noorshila Amin! - "Tak Makan Nasi Tapi ..."

Amri Hassan 28/11/2019 | 03:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mendedahkan berat badannya susut sebanyak 20 kilogram dari 91 kilogram sejak mengamalkan diet dan bersenam setiap hari.
Kata Noorshila, rutin hariannya ialah bersenam selama 30 minit selain menjaga pemakanan termasuk mengelakkan pengambilan nasi setiap hari.
"Hari-hari saya workout selama 30 minit dan selama lapan bulan saya amalkan rutin sama saya susut 20 kilogram.
"Selain itu, paling penting adalah pemakanan kita! Saya akan pastikan saya meminum 3 liter air masak sehari.
"Saya sudah tidak makan nasi sejak saya berdiet. Memang mula-mula rasa mustahil tetapi lama kelamaan saya tak kisah pun.
"Di rumah saya masih memasak untuk suami dan anak-anak tetapi pemakanan kami berbeza," ceritanya bersungguh-sungguh.
Noorshila memberitahu dia mengamalkan lima kali hidangan setiap hari dan sudah menjadi kelaziman untuk tidak terlepas daripada sarapan pagi.
"Saya makan lima kali sehari. Jangan sesekali terlepas sarapan pagi. Pada pukul 10 pagi saya akan ambil snek seperti sebiji pisang.
"Kemudian makan tengah hari, pukul 4 petang sekali lagi snek dan akhirnya makan malam sebelum pukul 6.30 petang.
"Dari malam sampai ke siang saya hanya minum air, kalau lapar pun saya akan menjamah roti 'wholemeal'.
"Namun, janganlah seksa diri. Sesekali ada juga merasa makanan lain kalau betul-betul teringin," ujarnya.
Tidak mustahillah Noorshila masih tampil langsing dan lincah di pentas setiap minggu.
Malah, tenaga luar biasanya mendapat pujian daripada penonton yang melihat.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Diet #Noorshila Amin #Gegar Vaganza 2019
;