Gegar Vaganza 6
Dikatakan Over Di GV2019, Ini Jawapan Ifa Raziah- “Saya Adalah Ifa Raziah Yang Akan Beraksi Over Apabila...”
Penyanyi Ifa Raziah menjelaskan cara nyanyiannya dan persembahannya di Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bersama Noorshila Amin pada Ahad lalu itu adalah karakter dan stailnya apabila berada di atas pentas.
Ifa menjelaskannya selepas dia didakwa lebih menonjol daripada Noorshila Amin iaitu bintang yang bertanding di GV2019 ketika berduet lagu Dialah Di Hati milik penyanyi asal Datuk Seri Siti Nurhaliza
“IFA RAZIAH DIKATAKAN OVER* .
“Jom kita imbas kembali 6 tahun dahulu semasa GV1 .. sila tonton dari minggu 1 sehingga ke final .. Syukur Alhamdulillah walaupon suara Ifa tak seberapa tapi dapatlah juga tempat TOP 5 .. hanya itu jer rezeki yang Allah bagi so ifa kena terimalah & redha .. walaupun Ifa dah mencuba yang terbaik .. Adat bertandinglah Ada Kalah & Menangnya . .
“Itulah karektor Ifa Raziah sepanjang #GV1 .. sampailah dijemput menjadi rakan duet bersama peserta #GV6 kak @noorshilaamin smlm.. ? .
“Buat Pengetahuan Semua ..Ifa adalah seorg Penghibur VERSATIL bukanlah seorang Penyanyi yang berdiri kaku & Ifa ada karektor tersendiri apabila beraksi diatas pentas .. .
“Semalan Ifa menyanyikan lagu *DIALAH DIHATI* Hadoii tak kan lah nak tiru cara nyanyian Dato Seri @ctdk .. kalau Ifa nak tiru pun tetap takkan sama.. suara Ifa ni lain walaupun tak sebagus penyanyi asal.. Tapi Ifa adalah IFA RAZIAH yang akan beraksi over apabila di atas pentas .. kerana itulah gaya Penghibur Ifa di pentas,” tulisnya.
Ifa menjelaskan perkara itu di akaun Instagram miliknya.
BACA: "Ada Peserta Saya Rasa Tak Layak Tapi..." - Dituduh Punca Noorshila Amin Tersingkir, Ini Jawapan Ifa Raziah!
Tambah Ifa lagi, dia tiada niat untuk meniru gaya aksi penyanyi Anita Sarawak.
“Bukan niat nak tiru Kak nita ker atau sesiapapun!
Setiap penyanyi ada kelebihan & cara mereka yang tersendiri untuk membuat persembahan.. Ifa akui selalu memberikan impak maksima kepada setiap persembahan dan selalu sedar diri Vokal Ifa tidak sepadu seperti Penyanyi Asal lagu itu..
“Tugasan Ifa hanya untuk menghiburkan semua penonton dan berharap semoga semua penonton terhibur dan bukannya buat ceramah di atas pentas,” katanya lagi.
Dalam kapsyen itu juga Ifa sekali lagi meminta agar dia tidak dipersalahkan kerana menjadi punca Noorshila Amin tersingkir.
Noorshila yang turut membawa lagu secara solo, Kerna Terpaksa gagal mara ke peringkat final.
BACA: "Perancangan Yang Hebat Tapi Perancangan Allah Lagi Hebat!" - Gagal Ke Final GV2019, Noorshila Amin Anggap Ia Sebagai...
Selain Noorshila, Wann juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir.
Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Must-Watch Video