Gegar Vaganza 6
GV2019: "Bukan Hari Terbaik Saya" - Sham Visa Kecewa Hampir Tersingkir Konsert Ketiga
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa mengakui kecewa apabila berada di kedudukan dua terbawah pada konsert ketiga Ahad lalu.
Kata Sham dia akui genre lagu yang diberikan kepadanya minggu lalu benar-benar mencabar kemampuannya untuk beraksi di pentas besar.
"Saya rasa kecewa dengan keputusan minggu ini namun bersyukur masih berada di sini.
"Harus saya akui lagu itu bukan genre saya dan memandangkan saya sendiri sudah lama tidak menyanyi, saya ada sedikit gemuruh.
"Ketika di pentas seperkara yang saya fikir, saya perlu habiskan juga lagu ini," katanya yang akui sedikit tercuit rasa malu untuk menyanyikan lagu itu.
Konsert ketiga GV2019 menyaksikan Sham yang menyanyikan lagu Sayang Sayang (Alif Aziz) berada di kedudukan dua terbawah bersama Ameer Sofazr.
Ameer bagaimanapun tersingkir pada minggu itu.
Menebus kesilapan konsert lalu, Sham akui persiapan lebih rapi perlu dilakukannya untuk mempersembahkan lagu duet My Heart bersama Marsha Milan minggu ini.
"Ini umpama 'wake-up call' saya! Saya anggap ia bukan hari terbaik saya namun harus terus positif.
"Yang pasti persediaan lebih rapi perlu dibuat untuk minggu ini kerana ia lebih mencabar," tambahnya.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video