Gegar Vaganza 6
GV2019: Senarai Lagu Minggu Kedua, Tekanan 3,000 Kali Ganda!
Selepas semua bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mengimbas semula nostalgia lagu sendiri minggu lalu, cabaran lebih besar menanti mereka pada minggu kedua.
Menerusi tema Cari Makan (Carma), setiap bintang akan menyanyikan lagu-lagu yang menjadi rutin setiap kali membuat persembahan.
Ada antara bintang yang bakal menyanyikan lagu sendiri malah ada antaranya yang bakal menyanyikan lagu cover penyanyi lain.
Hady Mirza, Naqiu Boboy, Nurfatima, Roy, Kumpulan Kool, Feeza dan Mazleela antara bintang yang akan menyanyikan lagu penyanyi lain manakala selebihnya akan menyanyikan lagu sendiri yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Jadi, memetik kata juri tetap Datuk Ramli MS, semestinya tekanan untuk menyanyikan lagu sendiri pada minggu kedua lebih tinggi dan tiada lagi markah 'halal' buat semua bintang.
"Menyanyikan lagu sendiri tekanannya lebih besar apatah lagi lagu itu sudah berusia 30 tahun.
"Mungkin tekanannya akan jadi 3,000 kali ganda berbanding mereka yang akan menyanyikan lagu baharu daripada penyanyi lain.
"Jarang dapat dengar penyanyi mendapat lagu sendiri pada minggu kedua GV, oleh itu juri akan lebih berkeras," katanya.
Jika anda sudah bersedia, jom kita semak semula senarai lagu minggu kedua konsert GV2019.
Jatt - Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone)
Hady Mirza - Demi Cinta (Ezad Lazim)
Wann - Lamunan Hati (Wann)
Naqiu Boboy - Meraung (New Boyz)
Sham Visa - Untukmu Selamanya (Visa)
Nurfatima - Terlalu Cinta (Datuk Rossa)
One Nation Emcees - Raja Gelek (One Nation Emcees)
Roy - Jerat (Harvey Malaiholo)
Ameer Sofazr - Dan Bila Esok (Sofaz)
Feeza - Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)
Kool - Kau Dan Aku (Ning Baizura)
Noorshila Amin - Kad Ucapanmu (Noorshila Amin)
Mazleela - Apa Khabarmu Di Sana (Ramlah Ram)
Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 13 Oktober 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video