Gegar Vaganza 6
“Ini Minggu Terbaik Saya Di GV2019” – Wann Syukur Terima Komen Positif Datuk Ramli MS
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Wann akui persembahannya menerusi lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu merupakan persembahan terbaik sepanjang lima minggu berada di GV2019.
Menurut Wann, dia bersyukur apabila menerima komen positif daripada ketua juri, Datuk Ramli MS yang memuji penghayatannya malam itu.
“Dari segi perasaan tu, memang sampai. Inilah persembahan terbaik yang saya rasakan sepanjang lima minggu berada di GV.
“Sebenarnya minggu ni saya pun tak berapa sihat sebab, sama macam Sham Visa. Tapi Alhamdulillah hari ni dah sihat sikit berbanding masa rehearsal,” jelas Wann kepada Gempak.
Wann ditemui selepas membuat persembahan di konsert minggu kelima GV2019 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Bakal membawakan lagu Pengemis Cinta nyanyial asal penyanyi rock nombor satu negara, Ella, Wann yakin dia akan membawa lagu tersebut dengan cara tersendiri.
“Suara Ella lebih kepada manja jadi sukar untuk saya nak tiru dia. Saya akan bawakan lagu ini dalam versi tersendiri.
“Kalau boleh saya tak nak terlalu fikirkan sangat pada pertandingan. Saya nak buat yang terbaik sahaja. Saya terima lagu dan persembahkan mengikut cara saya.
“Kalau rezeki saya terhenti di mana-mana minggu, tak mengapa, saya terima. Saya kalau boleh tak nak terlalu tertekan memikirkan lagu-lagu cabaran yang diberi,” ujar Wann lagi.
Jangan lupa saksikan GV2019 pada hari Ahad ini 17 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.