“Kalau Ikutkan Kami Nak Terjun Dari Platform Tu” – One Nation Emcees
Fiza Kamarudin
23/12/2019 14:12 MYT
23/12/2019 14:12 MYT
Pemenang tempat kelima, Gegar Vaganza 2019, One Nation Emcees mengakui perancangan asal mereka untuk terjun dari platform semasa mempersembahkan lagu Melompat Lebih Tinggi, di pentas akhir program realiti tersebut pada malam Ahad.
One Nation Emcees ketika ditemui Gempak berkata, bagaimanapun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana beberapa faktor.
“Sepatutnya memang kami terjun dari platform tu, tapi disebabkan props sampai lambat kami terpaksa batalkan hasrat tu.
“Bila props sampai lambat, kami tak sempat nak gunakannya semasa latihan. Lagipun kami tak mahu ambil risiko. Tanpa latihan macam-macam boleh jadi,” kata Mimi mewakili One Nation Emcees.
Mengulas kedudukan mereka yang tidak menepati ramalan peminat GV, Mimi berkata One Nation Emcees tidak pernah mensasarkan sebarang nombor ketika membuat persembahan.
“Sejak awal lagi kami tak pernah letak apa-apa sasaran dalam setiap persembahan kami, cuma setiap minggu kita enjoy the stage dan selalu berpesan kepada diri kami yang setiap malam adalah malam final.
“Kami gembira apabila peminat dan penonton GV 2019 suka dengan persembahan yang kami bawakan ke atas pentas,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ‘juara berkembar’ pada GV musim ini, One Nation Emcees bersetuju dalam pertandingan sepatutnya hanya mempunyai satu pemenang.
“Betul, ini adalah pertandingan dan semestinya juara mestilah satu. Orang kata pilih yang terbaik di antara yang terbaik.
“Tetapi, kami hormat keputusan juri dan ini adalah sesuatu di luar kotak. Jangan pertikai rezeki orang lain.
“Bagi kami, kedua-dua juara (Hady Mirza dan Naqiu) memang layak bergelar juara kerana mereka memang hebat dan bersungguh-sungguh ketika membuat persembahan,” katanya positif.
Pentas akhir GV 2019 menyaksikan Hady Mirza dan Naqiu berkongsi gelaran juara, manakala Jatt ditempat ketiga, diikuti Nurfatimah tempat keempat manakala One Nation Emcees dan Sham Visa masing-masing berpuas hati di tangga kelima dan keenam.
GV 2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV 2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.