Gegar Vaganza 6
"Lagu Tu Legend, Penyanyi Pun Legend" - Naqiu Jelas Sebab Terduduk Kena Nyanyi Lagu TokTi
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy akui terperanjat apabila diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Percayalah nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam konsert kelapan minggu ini.
Jelas Naqiu, disebabkan terkejut itu jugalah dia terduduk ketika wajahnya terpampang pada skrin ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi pada konsert ketujuh Ahad lalu.
"Pada mulanya saya sedang peluk Sham Visa, kemudian muncul lagu Siti Nurhaliza di skrin.
"Saya jeling-jeling siapalah agaknya yang dapat lagu ini dan memandang peserta wanita yang masih tinggal.
"Sekali yang muncul di skrin muka saya! Itu yang sampai terduduk itu... Dalam hati nak buat apalah minggu depan ni.
"Lagu itu legend, penyanyi pun legend! Dengan suara saya yang macam ni," ceritanya kepada Gempak.
Malah, Naqiu percaya lagu itu lebih sesuai seandainya dipersembahkan oleh rakan saingannya, Hady Mirza.
"Saya percaya kalau Hady Mirza dapat lagu ini memang kena.
"Minggu ini semakin mencabar dan saya ternanti-nantikan susunan muzik daripada Tok Ram.
"Apapun, saya akan melakukan sehabis baik mengikut kemampuan dan cara saya sendiri," ujarnya.
Naqiu mengakui jarang sekali untuk dia mempersembahkan lagu daripada penyanyi wanita selain pernah sekali sahaja menyanyikan lagu Bunga (Ara Johari).
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.