Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Macam Mak-Mak Nak Up Pula" - Noorshila Amin Gembira Idea Suami Untuk Menari Tango Berhasil

Amri Hassan
26/11/2019 09:20 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Noorshila Amin gembira apabila idea yang dikemukakan suaminya untuk melihatnya menari tango membuahkan hasil.

Malah, persembahan memukau Noorshila dalam lagu Vroom Vroom (Nabila Razali) itu mendapat pujian juri dan melayakkannya berada di kedudukan keempat minggu ini.

"Selama tujuh minggu saya selalu di kedudukan tiga terbawah. Apabila dipanggil nombor empat ia mengejutkan saya.

"Rasanya seperti segala usaha saya pada minggu ini berbaloi.

"Saya rasa persembahan tarian tango saya bersama penari pada permulaan lagu itu penyumbang utama markah minggu ini.

"Itu idea daripada suami saya yang memang nak saya menari tango dan selebihnya dibantu oleh idea anak-anak saya terutama anak bongsu yang mempunyai ijazah sarjana dalam komposisi lagu," katanya kepada Gempak.

Noorshila juga akui dia perlu mencari kelainan agak tidak dibayangi penyanyi asal.

"Saya punyai julat suara yang besar dan berbeza dengan penyanyi asal, jadi saya perlu mencari kelainan bukan hanya daripada susunan lagu tetapi juga corak persembahan.

"Saya cuba sehabis baik walaupun dah jadi macam mak-mak baru nak up pula," ujarnya.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Nabila Razali #Noorshila Amin #Gegar Vaganza 2019
;