Gegar Vaganza 6
Minggu Pertama...Kebolehan Wann Diragui, Masuk Minggu Ketiga Dia Tunjuk Taring!
Selepas persembahan minggu ketiga program realiti Gegar Vaganza (GV) 2019, kebolehan Wann tidak lagi dipandang rendah.
Biarpun mendapat kritikan hebat pada minggu pertama, Wann bangkit memberikan persembahan terbaik pada Ahad lalu.
Malah, persembahan Wann pada minggu ketiga GV 2019 menyanyikan lagu Asmaradana telah mendapat pujian juri termasuk penyanyi asalnya Puan Seri Tiara Jacquelina.
Wann berkata, dia bersyukur kerana dapat mara ke minggu keempat walaupun ramai yang meragui kebolehan dirinya dua minggu lalu.
“Yang meragui sebenarnya hak masing-masing. Biasalah, mungkin ada yang minat dan sebaliknya.
“Saya cuma buat yang terbaik da nsaya nak ‘happykan’ peminat-peminat saya yang telah banyak memberi sokongan kepada saya selama ini.
“Mereka yang beli kaset, cd sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang seni ini. Jadi saya hanya ingin buat yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
GV 2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 2019 ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV 2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Must-Watch Video