Gegar Vaganza 6
"Nanti Orang Kata Saya Propa!" - Jawab Nabil Bila Netizen Suruh Jadi Macam Alif Satar
Pengacara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Nabil Ahmad menjelaskan dia tidak tersinggung apabila dibandingkan dengan pengacara Big Stage, Alif Satar.
Kata Nabil, masing-masing punyai cara pengacaraan tersendiri mengikut kesesuaian rancangan yang disiarkan di televisyen.
"Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing.
"Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa.
"Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif?
"Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia?
"Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri," katanya kepada Gempak.
Nabil yang ditemui pada majlis pelancaran Astro Ultra Box di Sunway Pyramid semalam mengakui penonton berhak mengemukakan pendapat dan cadangan untuk dia mengubah cara pengacaraan.
"Saya okey saja apabila ada yang mengkritik saya mengacara dan saya menghormati pendapat orang.
"Oleh kerana GV sebuah rancangan televisyen, masing-masing ada pendapat dan kemahuan sendiri," tambahnya.
Sejak musim pertama GV lagi, tugas hos diberikan kepada Nabil dan Jihan Muse.
Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 17 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.