Gegar Vaganza 6
"Rock Pun Tetap Seksi" - Tarian Hady Mirza Cairkan Hati Penonton, Ini Jawab Empunya Diri
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Hady Mirza tidak merasakan tariannya ketika menyanyikan lagu Ibu Kota Cinta (Def Gab C) pada konsert ketiga Ahad lalu bersifat seksi.
Mengandaikan penilaian itu subjektif, kata Hady persembahannya termasuk tarian ketika menyanyikan lagu berentak rock itu berlaku secara spontan.
"Itu freestyle! Sebenarnya ketika sesi rehearsal saya rasakan persembahan saya tidak cukup.
"Jadi ketika konsert saya rasa lebih baik saya berikan lebih sedikit. Barulah syok!
"Soal tarian itu kononnya seksi, saya tak rasa pun begitu cuma bergantung pada penilaian penonton yang melihat. Tak ada langsung niat gerakan itu nak menggatal," kata Hady.
Tambah bintang kelahiran Singapura itu, tugasan yang diberikan pada minggu lalu harus disampaikan dengan lebih jiwa.
"Ini bukan kali pertama saya menyanyikan lagu rock, ketika pertandingan sebelum ini pun ada juga dapat lagu Bon Jovi.
"Namun, lagu Def Gab C ada jiwanya tersendiri. Rugilah kalau saya simpan-simpan.
"Tapi bila beri lebih, tercungap-cungap pula rasanya," ujar Hady.
Persembahan memukau Hady dalam minggu bertemakan Yang Aneh Aneh itu mendapat pujian juri dan berjaya meletakkannya di kedudukan kelima daripada 12 bintang.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video