"Sakit Bila Berdiri Lama, Kaki Rasa Kebas" - Sabhi Saddi Berdegil, Lawan Pantang Doktor Demi GV2019
Amri Hassan
11/12/2019 23:06 MYT
11/12/2019 23:06 MYT
Anggota kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi mengakui masih berdepan kesakitan ekoran masalah cakera tergelincir (slipped disc) yang masih belum sembuh sepenuhnya.
Namun, Sabhi enggan menjadikan kesakitan itu penghalang untuk beraksi bersama kumpulannya pada konsert mingguan Gegar Vaganza 2019 (GV2019).
Semangat itu juga kata Sabhi memaksanya untuk 'melanggar' arahan doktor untuk mengurangkan pergerakan agresif terutama ketika menyanyi.
"Sebanyak 60 peratus lagi saya masih sakit terutama belakang badan kiri dan kanan saya. Sakitnya itu menyebabkan kaki saya kebas.
"Jadi, setiap kali selepas membuat persembahan saya akan terus bergegas membuka kasut di belakang pentas.
"Memang doktor tak bagi saya beraksi di pentas tetapi kadang-kadang saya lupa diri. Lagipun saya tak mahu mencacatkan persembahan One Nation Emcees dan menghampakan penonton," ujarnya.
Justeru, Sabhi melakukan apa yang terdaya mengikut kemampuannya malah dia hanya akan bersungguh-sungguh menari pada malam konsert sahaja.
"Sebenarnya anggoat One Nation Emcees selalu memberikan isyarat supaya saya mengawal pergerakan di pentas kerana risaukan keadaan saya.
"Kalau ikutkan pada Ahad lalu saya nak buat backflip tetapi mujurlah mereka menghalang," tambahnya.
Sepanjang bersama GV2019, kata Sabhi dia masih meneruskan rawatan fisioterapinya.
One Nation Emcees melakar kejutan apabila diumumkan sebagai juara pada konsert minggu ke-9 Ahad lalu menerusi persembahan bertenaga lagu Hati Emas (Datuk M. Nasir & Kembara).
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.