Gegar Vaganza 6
[VIDEO] Baju Dikatakan Sama Dengan Rekaan Fashion Designer Lain? Ini Jawapan Wann!
"Mungkin ada persamaan tetapi tidaklah sama 100 peratus," itu penjelasan Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann mengenai dakwaan yang mengatakan busana yang digayakan olehnya di konsert keempat mirip dengan baju yang direka oleh seorang pereka fesyen lain.
Tidak mengetahui perkara terbabit sehingga disoal oleh pihak media, Wann tenang menjawab dakwaan yang diperkatakan orang ramai.
"Walaubagaimanapun, saya tak kisahlah, janji ada yang sudi menaja pakaian saya. Saya bersyukur ada pihak yang mahu menaja.
"Saya berterima kasih kepada pereka fesyen yang menaja saya dan team yang menyiapkan saya untuk GV2019 saban minggu," jawab Wann.
Menyanyikan lagu Engkau Laksana Bulan duet bersama Aris Ariwatan, Wann berpuas hati dengan persembahan terbabit.
"Nak cakap sempurna seratus peratus itu tidaklah, tapi untuk persembahan kali ini saya rasa bersyukur. Saya suka sangat dengan persembahan saya," katanya lagi.
Di minggu kelima yang bertemakan Curhat, Wann bakal membawakan lagu nyanyian asal Uji Rashid, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.