Gegar Vaganza 6

Walaupun Dah Ada Masters Kejuruteraan Audio, Nur Fatima Tetap Belajar Vokal Untuk GV 6

Fiza Kamarudin
09/10/2019
03:36 MYT
Penyanyi Nur Fatima berkata dia masih memerlukan guru vokal untuk persediaan melangkah ke Gegar Vaganza (GV) musim keenam yang bakal bermula Ahad ini.
Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Audio dari Institute Sea, Sydney, Nur Fatima memberitahu, dia kini sedang belajar vokal dengan penyanyi Adeep Nahar.
Nur Fatima atau nama sebenarnya Nur Fatimah Abd Wahab berkata, memiliki Ijazah Kejuruteraan Audio tidak bermakna dirinya sudah cukup bagus.
“Sebelum ini ada juga yang bertanya, kenapa saya perlukan guru vokal sedangkan saya belajar dalam bidang muzik dan sudah tentu arif mengenainya.
“Sebetulnya, saya masih memerlukan guru vokal untuk ‘guide’ saya. Sekurang-kurangnya saya tahu di mana kekurangan saya dan boleh perbaikinya,” katanya yang sedang mengikuti kelas vokal dengan penyanyi Adeep Nahar. Tambah Nur Fatima, Adeep Nahar seorang guru vokal yang sentiasa membantu demi memastikan mutu nyanyiannya di tahap terbaik.
“Saya tak kisah ditegur atau dimarahi Adeep, kerana saya perlu tahu di mana kekurangan dan kelemahan nyanyian saya.
“Lebih baik begitu. Tapi setakat ini tak adalah Adeep marah,” katanya katawa.
Nur Fatima menetap di Canberra, Australia selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohd Jeffry Wain Wright, 50 dan mengambil keputusan kembali ke tanah air demi menyahut cabaran menyertai GV6.
Penyanyi yang popular dengan lagu Selembut Sutera itu memberitau dia terpaksa berpisah seketika dengan suami, selain meninggalkan tugasan sebagai guru sambilan prasekolah demi memburu kejayaan.
“Berat juga meninggalkan suami, namun dia bakal menyusul pada minggu kedua pertandingan. Tapi dia tak lama di sini sebab kena kerja,” ujarnya. Sempat menghasilkan tiga album, termasuk Selembut Sutera yang diterbitkan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan pada 2000, Nur Fatima juga aktif mencipta lagu untuk penyanyi lain.
Selain Nur Fatima, GV6 turut membariskan 12 lagi peserta termasuk Wann, Sham Visa, Roy, Mazleela, Noorshila Amin, Feeza, Ameer Sofazr dan Naqiu Boboy.
Musim kali ini turut menampilkan duo, Kool dan peserta berkumpulan, One Nation Emcees, selain dua pesaing dari Singapura, Hady Mirza serta Jatt (Black Dog Bone).
Masih mengekalkan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos, program itu menyaksikan Datuk Ramli MS kembali di kerusi juri tetap bersama penghibur berpengalaman Indonesia, Hetty Koes Endang.
GV6 akan bersiaran selama lapan minggu secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.
Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Infaq Separuh Duit Kemenangan Juara GV6 - "Ketika Itu PKP, Ramai Orang Susah"

gempak
30/09/2023
15:55 MYT
Alhamdulillah... murah rezeki Naqiu.
Laman Utama

David Teo Puji Neelofa & Fazura; “Bila Jelitawan Sekarang Dah Anak Tetap Cantik”

gempak
14/10/2022
15:00 MYT
David Teo puji Neelofa Fazura
Laman Utama

Dapat Idea Dari GV6, Hady Mirza Rakam Lagu Baharu Ciptaan Komposer Indonesia! - "Ketika Itu Dapat Sorakan & Pujian Juri..."

gempak
19/03/2022
09:31 MYT
Kembali dengan buah tangan baharu selepas dua tahun...
Laman Utama

Nur Fatima Ralat Tak Dapat Bertemu Abang – “Doakan Arwah Abang Saya…”

gempak
19/07/2021
08:40 MYT
Sabarlah Nur Fatima...
Laman Utama

Galeri, Padanan Mantap Nur Fatima Dan Kayda

gempak
05/02/2021
02:55 MYT
Tahniah Nur Fatima.