Cliff Umar Mohon Maaf - “Saya Tidak Bermaksud Nak Singgungkan Hati Mana-Mana Pihak…”
Fiza Kamarudin
13/12/2020 21:43 MYT
13/12/2020 21:43 MYT
Vokalis Projek Pistol, Cliff Umar memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum menyampaikan ucapan kemenangan selepas dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV) 7, malam tadi.
Cliff berkata, dia tidak bermaksud memperlekehkan Prosedur Operasi Standard (SOP) tetapi pelitup muka dipakai mengganggunya untuk memberikan ucapan kemenangan.
“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Bukan maksud saya untuk memperlekehkan atau tidak bersetuju dengan SOP seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Tetapi saya merujuk kepada pelitup muka itu menganggu apabila saya nak bercakap, bukan kerana saya tidak bersetuju dengan SOP atau apa.
"Saya tidak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati, sekali lagi saya mohon maaf,” katanya.
Terdahulu, kata-kata Cliff mencetus pertikaian di sosial media kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti.
Cliff Umar dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Juara secara automatik menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi iaitu wang tunai sebanyak RM2,000 dan tajaan barangan Adabi selama satu bulan.
Naib juara menjadi milik yang Muss memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Ayu Damit terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi masing-masing.
Sementara Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira yang menduduki tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh tidak pulang dengan tangan kosong serta masing-masing membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu RM10 ribu dan RM5,000 berserta trofi.
GV7 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu, setiap Ahad jam 9 malam.
Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV7 dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.