Corat-Coret GV7: Terkejut, Muka Cliff Umar Memang Tak Boleh Control
Mya Amri
07/12/2020 01:44 MYT
07/12/2020 01:44 MYT
Kejutan! Konsert separuh akhir Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.
Disebabkan keputusan tersebut, ketujuh-tujuh bintang sekaligus melangkah ke pentas akhir GV7 minggu hadapan.
Selain kejutan dan kehebatan konsert di minggu separuh akhir, terdapat pelbagai perkara berlaku sepanjang GV7 bersiaran.
Di sini Gempak kongsikan corat-coret separuh akhir GV7 antaranya:
1. Lucu apabila Jihan dan Nabil menyanyikan lagu Doraemon sebagai pembuka tirai konsert separuh akhir GV7
2. Pasangan hos tak habis-habis mengusik Tok Ram, sekali Tok Ram balas “baju korang kan semua buat dari emas”. Jihan dan Nabil memang tak boleh tahan langsung, terus ketawa.
3. Datuk Syafinaz kembali menjadi juri jemputan GV7 atas permintaan ramai. Oh! Jay Jay pun sama tau. Netizen love kombinasi juri jemputan ni.
4. Ramai puji usaha Cliff Umar menyampaikan lagu mandarin.
5. Gegar Vaganza trending nombor 3 di Malaysia walaupun kebanyakkan trending adalah berkenaan dengan anugerah muzik terhangat Asia, 2020 Mnet Asian Music Awards (2020MAMA) yang berlangsung pada hari yang sama.
6. Ramai memuji bahasa tagalog Linda Nanuwil ketika menyampaikan lagu popular berjudul Anak nyanyian asal Freddie Aguilar.
7. Sewaktu memberikan komen kepada Linda, Tok Ram bergurau dengan mengatakan Oja kaki joli (merujuk kepada persembahan). Oja yang berada di belakang Tok Ram terus ketawa.
8. Cliff Umar tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut seakan-akan tidak percaya sebaik sahaja diumumkan tiada penyingkiran.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.