Gegar Vaganza 7

"Minggu Lepas Saya Terasa Sikit Orang Kata Saya Buncit" - Nabil Tak Kisah Pakaian GV7 Jadi Troll Netizen

gempak
Amri Hassan
01/12/2020
07:41 MYT
Sponsor Banner
"Minggu Lepas Saya Terasa Sikit Orang Kata Saya Buncit" - Nabil Tak Kisah Pakaian GV7 Jadi Troll Netizen
Hos Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad tidak tersinggung dengan kata-kata netizen terhadap pakaiannya setiap minggu.
Malah, Nabil selesa sekiranya pakaian yang dipakai menjadi buah mulut di media sosial sekali gus ia merancakkan lagi rancangan yang dikendalikannya bersama Jihan Muse itu.
"Alhamdulillah kita dapat perhatian di media sosial. Orang bercakap macam-macam, ada kata saya macam lobaklah, the mask-lah.
"Saya tak kisah, saya suka. Boleh teruskan lagi.
"Sebenarnya saya nak buat yang terbaik supaya apa yang saya pakai orang akan bercakap-cakap," katanya kepada Gempak.
Beberapa minggu sejak GV7 bersiaran, pakaian yang diperagakan oleh Nabil sering disamakan dengan pelbagai objek oleh netizen di media sosial.
Jika Ahad lalu sut Nabil disamakan dengan highlighter oren dan lobak, terdahulu sut hijau neon pengacara itu pernah disamakan dengan Ratu Britain, Elizabeth II. Bagaimanapun, Nabil secara berseloroh akui sedikit tersinggung apabila saiz perutnya menjadi bualan netizen minggu lalu.
"Saya harap minggu depan lagi jahat sebenarnya. Saya pun nak berkepak, ada buah-buahan atas kepala.
"Sepanjang GV7, saya tak ambil hati dengan kata-kata netizen cuma minggu lepas saya terasa sikit sebab orang kata saya buncit," katanya sambil tertawa.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangannya pukul 11.00 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live