Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 7

Minggu Tau-Tau Sampai….Agak-Agak Siapa Yang ‘Tak Sampai’ Ke Minggu Depan? Jom Tengok Senarai Lagu Ni!

Fiza Kamarudin 07/11/2020 | 14:30 MYT
Selepas empat minggu bersiaran, kini tinggal 11 lagi bintang Gegar Vaganza (GV) 7 yang akan berentap untuk merebut gelaran juara.
Pada minggu ini 11 peserta telah diberikan tugasan bertemakan ‘Tau-Tau Sampai’ yang akan menguji kemampuan para bintang menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dan fast.
Di bawah merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan para bintang esok (Ahad). Tak sabar nak tengok siapa yang bakal menyengat!
Tapi siapa pula yang bakal terkandas dan meninggalkan pentas GV7 minggu kelima? Adakah dua penyingkiran lagi bakal berlaku pada malam ini, atau lebih?
Senarai lagu Minggu Kelima GV7, bertemakan ‘Tau-Tau Sampai’:
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
#Gegar Vaganza #GV7 #Minggu Kelima
;