Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Puji Cliff Minggu Lepas Tapi… - “Bukan Persembahan Terbaik & Saya Tak Layak Berada di Top 3…”

Fiza Kamarudin
22/10/2020 04:15 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Clif Umar Joseph sering mendapat komen positif daripada pihak juri baik dari segi vokal sehinggalah penguasaan pentas.

Malah sejak minggu pertama GV7 bersiaran, Cliff di antara bintang yang ditunggu-tunggu persembahannya oleh para penonton.

Vokalis Projek Pistol ini juga sudah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan top 3 dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Namun bintang yang sering mengungkapkan kata “thank you sir” kepada Datuk Ramli MS ini seperti masih belum berpuas hati dengan persembahannya.

“Bukan persembahan terbaik saya dan saya tak layak berada di kedudukan top 3. Tetapi apa pun saya bersyukur kerana masih di sini untuk meneruskan perjalanan di minggu ketiga.

“Anda semua sebenarnya patut menikmati persembahan yang lebih baik daripada saya dan anda akan dapat pada Ahad ini, Keroncong untuk Ana!,” katanya.

Pada minggu kedua bertemakan ‘Sama Naik’ Cliff mempersembahkan lagu Hanyut nyanyian asal Faizal Tahir dan menduduki tempat ketiga dengan markah sebanyak 68.50% daripada juri.

Fantastic perfomance, ini adalah identiti awak. Please keep it up, awak adalah perfomer. Awak ada semuanya,” komen Datuk Khadijah Ibrahim.

#GempakLive : wahhh min konfius kejap bila tengok @cliffumar malam ni. Macam Faizal Tahir ? Tapi abang Cliff power dengan cara sendiri #GV7 #GegarVaganza7 #MaraSuaraMembara #gempak #astrogempak #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #Kekaltenang

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Minggu lalu juga menyaksikan Haslinda sebagai bintang pertama menamatkan perjalanan di GV7 dan tinggal 13 bintang bakal meneruskan persaingan merebut gelaran juara.

Ahad ini tugasan yang diberikan kepada bintang bertemakan Cuba Try Test iaitu menyanyikan lagu di luar comfort zone masing-masing.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

#Gegar Vaganza #GV7 #Cliff Umar