Gegar Vaganza 7
“Tak Payah Gaduh-Gaduh, Jangan Salahkan Kak Ani…Saya Terima Berada Di Tempat Ke-7 Sebab Nyanyi Sumbang…” – Cliff Umar
Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Cliff Umar memohon agar tidak mengaitkan Noraniza Idris sebagai punca dia hampir tersingkir di minggu separuh akhir Ahad lalu.
Cliff berkata, dia sememangnya layak berada di tempat terakhir kerana tidak menyanyi dengan baik dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Kata Cliff lagi, seharusnya semua pihak saling menyokong bukan mengecam kerana tanpa sokongan peminat, mereka di GV7 tidak mungkin akan sampai hingga ke tahap sekarang.
“Shhh…Tak yah gaduh-gaduh. Kak Ani is not to be blamed...I accept my place as 7th cos boy nyanyi ade sumbang.
“Cube dengar betul-betul tapi kan....Rileks lah babe, final kan ade? Yang penting kite kene support semua sebab camana kami nak buat show yang terbaik kalau asyik kene kecam?
“Semua usaha kami ade je yang tak betul...Harus diingatkan, artis pun manusia dan tidak dapat lari daripada dosa dan kesilapan,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook.
Vokalis Projek Pistol ini turut memohon maaf kepada peminat GV7 sekiranya persembahan mereka tidak seperti yang diinginkan.
“Maafkan kami jikalau persembahan kami tidak perfect seperti yang diinginkan, percayalah, kite dah usaha untuk buat yang terbaik.
“Akan tetapi, it's a live show and there are bound to be mistakes here and there..Kalau recorded show, bolelah kite fix sampai perfect.
“I don't mean to offend anyone and this is just my two cents. Harus diingatkan juga bahawa kita saling memerlukan each other, especially dalam industri hiburan and lagi-lagi musim pandemik ini.
“Takde fans, takdelah Artis...takde artis, takdelah karya Untuk dihargai. Time korang sedih, kami ada disini untuk hiburkan hati yang lara. Time korang rindu kami ade untuk mengembalikan memori-memori indah,” katanya.
Minggu lalu Cliff Umar berada di tempat terakhir dan hampir disingkirkan dari GV7 dengan perbezaan hanya 1% dengan Noraniza Idris yang dipanggil Kak Ani.
Bagaimanapun Cliff terselamat apabila namanya turut diumumkan sebagai bintang yang layak mara ke pentas akhir GV7.
Shhhhh?.... Tak yah gaduh2... Kak Ani is not to be blamed... I accept my place as 7th cos boy nyanyi ade sumbang.. cube...
Posted by Cliff Umar Joseph on Tuesday, 8 December 2020
Jangan lupa saksikan GV7 Pentas Akhir dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad ini, jam 9.00 malam.
GV7 dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
‘Kapsul Gegar Vaganza’ disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangan pada 11 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.