Gegar Vaganza 9
"Bukan Sebab Orang Ketiga..." - Fuad Rahman, Isteri Bercerai Talak Satu!
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman akui sudah berpisah dengan isterinya Siti Zulaiha difahamkan sekitar bulan Oktober lalu.
BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
Keputusan yang dipersetujui secara profesional itu kata Fuad, 43, bukan disebabkan pihak ketiga malah, perpisahan mereka berakhir secara murni.
"Kami berpisah bukan pasal orang ketiga, alasanya kami sudah tidak sehaluan lagi. Cara baik kami berpisah.
"Sebenarnya pasal cerai ini saya dah beberapa kali bagi hint di posting Facebook saya, jadi tiada kena mengena dengan orang ketiga atau sesiapa pun. Itu keputusan kami bersama.
"Keluarga saya dan bekas isteri pun tahu kami berpisah dengan cara baik tiada gaduh-gaduh. Saya ceraikan dia dengan talak satu.
"Kami bercerai dah lama juga, sebelum saya bertanding di minggu pertama di GV lagi. Masalah dah pun selesai sebelum itu lagi. Perasaan memang sedih," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Fuad memaklumkan menerusi perkongsian di Facebooknya mengenai hubungan perkahwinannya yang sudah berakhir.
"Aku just nak peminat dan kawan-kawan aku tahu memang betul perkahwinan aku dan berakhir dan aku dengan bekas isteri tak ada jodoh. Kami berpisah dengan cara baik.
"Tolong jangan salahkan bekas isteri atau aku, jodoh kami tak lama. Sampai sini saja.
"Aku doakan yang terbaik untuk bekas isteri aku, semoga pada masa akan datang dia dapat jodoh yang lebih baik," tulis Fuad.
Fuad dan Siti Zulaiha, 43, yang merupakan kenalan lama telah berkahwin pada 16 April lalu.