Dua Tahun Boss Susu Pujuk Jadi Duta Farm Fresh, Berapa 'Mas Kahwin' Siti Nurhaliza? - "Kontrak 2 Tahun, Jumlah Itu ..."
Amri Hassan
18/10/2022 08:55 MYT
18/10/2022 08:55 MYT
Dua tahun tempoh Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, atau lebih dikenali sebagai Boss Susu memujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menjalinkan kerjasama.
Dedah Azmi, tidak mudah untuk memujuk penyanyi kesayangan ramai itu.
"Memang tidak mudah untuk pujuk Siti. Lama juga proses rundingan, bermula dari awal tahun ketika kami merancang keluarkan produk susu baharu untuk kanak-kanak membesar.
"Kami mencari duta yang ada standard untuk pergi ke ‘next level’. Jadi, dua tiga kali juga pergi ke rumahnya untuk berbincang.
"Hanya Ogos lalu, dia memberikan kata persetujuan. Kami seterusnya memulakan penggambaran iklan, selain merakamkan lagu tema produk dan beberapa perancangan lain," katanya.
Siti mengejutkan ramai apabila muncul di pentas konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan pada Ahad lalu mempersembahkan lagi tema produk minuman susu tersebut iaitu Semuanya Baik.
Pelantikan itu kata Azmi dianggap bertepatan dan bersesuaian kerana Siti bukan calang-calang selebriti, malah turut selektif sebelum memberikan kata persetujuan untuk tawaran menjadi duta.

Berapa Farm Fresh bayar Siti Nurhaliza?
Diusik pertanyaan nakal netizen mengenai Farm Fresh sanggup berbelanja besar untuk melantik Siti sebagai duta, Azmi berkata, ia bersesuaian dengan gelaran Siti sebagai status, populariti dan kedudukannya.
"Apa yang dapat saya katakan, kami mengeluarkan peruntukan lumayan untuk kontrak berlangsung selama dua tahun. Tetapi, jumlah itu bersesuaian dengan gelaran dan taraf Siti dalam industri seni," ujarnya.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.