Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dua-Dua Punya Keistimewaan, Kualiti Berbeza” - Astro Bijak! Fauziah Nawi Puji Jihan Muse, Elly Mazlein Hoskan GV

Shahrin Zulkifle
10/10/2022 09:00 MYT
Pelakon senior Fauziah Nawi memuji prestasi pengacaraan Elly Mazlien selaku hos program hiburan GegarVaganza musim ke-9 (GV9).

Jelas Fauziah, dia menyifatkan Elly atau lebih mesra di sapa Kak Lina Pom Pom sebagai seorang hos yang bertenaga dan tidak pernah kering dengan idea lucu untuk dipersembahkan.

“Elly Mazlien a.k.a Kak Lina Pom Pom dah jadi household nama sejak GV9 disiarkan.

“Dia bertenaga macam tak habis dan dia ada banyak idea spontan dan setengahnya dah dirancang oleh pihak produksi.

“Peserta GV9 kalau tak hebat persembahan pasti kena makan dengan Kak Lina, habis tumpuan penonton pergi kepada hos yang terlalu meletop ini,” ujarnya.

Fauziah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain di platform Facebook, Fauziah turut memuji hos GV musim terdahulu iaitu Jihan Muse.

Kata Fauziah, Jihan dan Elly memiliki kualiti yang berbeza dan kedua-dua mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Jihan Muse punya kualiti yang berbeza dari Kak Lina Pom Pom. Dua individu yang berbeza. Dua-dua punya keistimewaan yang tidak sama dan dimiliki oleh setiap dari mereka.

“Yang penting GV9 meletop viewersnya. Tahniah kepada kedua-duanya. Astro bijak”, kongsinya.

Terdahulu, nama Elly terus menjadi trending di seluruh media sosial disebabkan persembahannya yang cukup bertenaga sejak minggu pertama konsert GV9 disiarkan.

BACA: “Rasakan! Dulu Jihan Layan Nabil, Now Dia Yang Kena ‘Kawal’ Kak Lina” – Energi Power! Tak Lemau, Elly Mazlein Dipuji, Netizen Usik Nabil

BACA: Energi Positif Dapat Pujian, Elly Mazlien: “Semua Tahu GV Adalah Nabil & Jihan, Saya Hanya…”

#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Jihan Muse #Kak Lina Pom Pom #GV #GV9 #GegarVaganza 2022 #GegarVaganza 9