Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Energi Positif Dapat Pujian, Elly Mazlein: “Semua Tahu GV Adalah Nabil & Jihan, Saya Hanya..."

Mya Amri
19/09/2022 04:45 MYT
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menjadi bualan ramai selepas muncul sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bersama Nabil pada Ahad.

Ramai memberikan respon positif dan memuji cara serta energi Elly yang bertenaga sewaktu mengacarakan rancangan popular itu.

Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina menyatakan rasa syukur dengan reaksi positif yang diberikan.

“Alhamdulilah syukur kalau ada yang suka. Paling risau sekali penerimaan orang tapi walau bagaimanapun bila diberi tanggungjawab saya akan cuba buat yang terbaik sebab itu pun periuk nasi kita.

“Macam dalam kelas, kalau kita nak nombor satu kena buat homework lebih sikit, macam saya ini saya buat yang terbaik untuk GV sebab semua orang tahu progres GV 1 sampai GV8 sebelum ini macam mana,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai dirinya sebagai hos, Elly mengatakan tanggungjawab itu tidak mudah dan perasaannya juga bercampur baur.

“Benda ini memang sangat berat untuk saya sebenarnya sebab nak kekalkan momentum GV di mana semua orang memang tertunggu-tunggu program ini.

“Jadi untuk memegang tanggungjawab sebagai pengacara bersama haji Nabil memang berat tapi saya cuba apa yang termampu dan jadi diri saya sahaja.

“Sebab sebelum ini orang dah tahu dah DNA GV ini adalah Haji Nabil, Jihan dan juga team GV tiba-tiba saya ini macam jiran baru nak masuk rumah baru.

“Saya cakap macam mana ni? Tapi tak mengapalah saya hanya buat cara saya, ikut apa kemahuan GV dan saya teruskan.

“Paling penting, saya tak sangka yang membantu saya adalah bintang-bintang GV itu sendiri sebab mereka semua saya dah kenal jadi nak usik pun tak malu.

“Saya profesional, kita kawan kawan, kerja kerja. Macam tempat saya nanti pun akan diambil oleh orang juga.

“Kita ni ibarat macam roda, hari ini kita di sini esok tak tahu dekat mana, hari ini dekat sini esok tempat kita ini orang lain ambil, begitulah kitaran hidup kita ni,” jelasnya

BACA: “Rasakan! Dulu Jihan Layan Nabil, Now Dia Yang Kena ‘Kawal’ Kak Lina” - Energi Power! Tak Lemau, Elly Mazlein Dipuji, Netizen Usik Nabil

BACA: GV9: Tiada Penyingkiran! Jaclyn Victor, Shila Amzah & Tomok Jadi Tiga Peserta Terbaik Minggu Pertama

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro
#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Gegar Vaganza #Kak Lina Pom #Kak Lina #GV9 #Gegar Vaganza 9