,
Gegar Vaganza 9

GV9: "Arwah Bapa Pernah Kata Saya 'B*doh', Menangis Sebab Cacah Tatu" - Tom Menyesal, Ada Niat Mahu Buang Tatu

Amri Hassan
01/10/2022
02:07 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mengakui menyesal dengan tindakannya yang tidak berfikir panjang sebelum mencacah tatu di beberapa bahagian tubuhnya sekitar empat tahun lalu.
Kata Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram,36, dia bagaimanapun terdetik untuk membuang tatu-tatu terbabit seandainya ada rezeki kelak.
"Sudah tentu saya menyesal… tapi benda sudah jadi.
"Kalau kita nak buang pun saya difahamkan lebih sakit berbanding ketika proses cacahan tatu. Malah kosnya juga lebih mahal. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih memang nak buang.
"Ramai yang sangka saya cacah tahu kerana sikap ‘rebel’. Tapi sebenarnya tidak. Mungkin kerana persekitaran. Saya tidak salahkan sesiapa sebab ini khilaf saya," katanya.
Kata Tom lagi, tindakannya mencacah tatu itu telah membuatkan arwah bapanya terkilan dan marah.
"Saya menyesal sangat sebab buat arwah bapa menangis, saya terfikir balik apa saya buat, kenapa sampai macam tu sekali. Bapa saya tak pernah ajar buat macam ni.
"Saya tak nak buat dahlah. Bapa saya tak pernah menangis, tak pernah marah. Bila dia marah tu tak tahu nak cakap macam mana rasanya. Saya kena 'bodoh' dengan bapa," ujarnya yang mencacah tatu di bahagian lengan dan bahu.
Menurut Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, dia sebenarnya berat hati untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air dalam keadaannya yang bertatu.
"Bagi saya hal ini sesuatu yang sensitif, apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Sebenarnya kalau nak diikutkan dengan keadaan diri saya sekarang ini, saya dah tak nak keluar (kembali aktif).
"Tak ada hati… sebab dalam keadaan yang saya tidak bersedia. Malah saya pun fikir mungkin sudah tidak ada tempat, sebab dalam keadaan begini.
"Tapi saya beranikan diri, meski saya tahu mungkin akan dikecam. Sebelum sertai GV9, saya sudah fikir ‘aku akan kena kecam, benda ini akan keluar.’
"Tapi saya sanggup hadapinya, demi anak-anak. Ini peluang (rezeki) untuk mereka," tambahnya.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
Hiburan

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

gempak
08/10/2024
04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
BorakSeeni