Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV9: Bergelut Rindu, Berendam Air Mata... Tom Teringin Jumpa Anak Sulung Yang Dah 8 Tahun Terpisah

Amri Hassan
05/10/2022 00:50 MYT
Lapan tahun terpisah dengan anak sulungnya selepas bercerai dengan bekas suami, bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom akui rindu.

Bagaimanapun, Tom akui ketentuan takdir yang memisahkan mereka sejak bertahun-tahun lalu, yang terutus cuma doa dan air mata.

"Kalau boleh saya nak elak bercerita kisah lama, tapi faham bila saya kembali ke dalam industri seni saya tak boleh lari.

"Bila orang bertanyakan tentang hidup saya, tidak banyak kisah menarik pun untuk dikongsi. Cuma saya bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada menjaga dua cahaya mata, Adler dan Evans. Merekalah sumber kekuatan dan kebahagiaan saya.

"Merekalah pengubat rindu, ketika seorang lagi anak saya terpisah. Saya akan jaga amanah ini betul-betul supaya tak 'dirampas' lagi," ujarnya kepada Gempak.

Ditanya luahan hatinya yang ingin disampaikan buat Adam, ini kata-kata Tom.

"Mama sayang sangat pada Adam. Mama buat ini bukan saja untuk adik-adik, tapi kepada Adam juga. Harap kita dapat jumpa satu hari nanti.

"Mama tak mahu rampas Adam daripada siapa-siapa. Mama nak peluk, nak sayang je. Nak bawa Adam jumpa adik-adik Adam," ucapnya sebak.

Tom terdahulu berkongsi kisah peritnya apabila bersalin seorang diri di Langkawi ketika berpisah dengan bekas suaminya.

BACA: “Saya Terpaksa Azan Baby Lepas Bersalin Sendiri Tapi…”- Tom Kongsi Perit Getir Hamil & Lahirkan Anak Ketiga Tanpa Suami

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

#Penyanyi #Viral #Anak #Gegar Vaganza #Langkawi #Adam #GV #GV9 #Tom #Adler
;