Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV9: Bintang Dah Mula Tunjuk Taring, Ramai Tak Sabar Tunggu Lagu-Lagu 'Antara Benua' Malam Ni! Jom Refresh List ....

Shahrin Zulkifle
23/10/2022 04:00 MYT
Pastinya para peminat setia program hiburan nombor satu Malaysia, GegarVaganza 9 (GV9) tidak sabar untuk menyaksikan bintang-bintang pilihan mereka beraksi untuk minggu keenam.

Bertemakan ‘Cintarasa Antara Benua’, 10 bintang yang masih bertahan bakal menunjukkan ‘taring’ mereka berdasarkan lagu-lagu berunsurkan antarabangsa dan budaya sesebuah negara.

Bukan sahaja tidak sabar melihat persembahan bintang-bintang, tetapi sudah tentu peminat turut ternanti-nanti apa yang akan pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad akan lakukan di pentas GV9 minggu ini.

Jom semak senarai penuh lagu-lagu konsert minggu keenam GV9:

1. Bukan Rayuan Gombal (Judika) – Jaclyn Victor

2. I Will Show You (Ailee) – Shila Amzah

3. My Sacrifice (Creed) – Fuad Rahman

4. Kurik Kundi (Datuk Sri Siti Nurhaliza) – Bob Yusof

5. Everybody (Backstreet Boys) – Tomok

6. I Hate Myself For Loving You (Joan Jett & The Blackhearts) – Tom

7. Killing Me Softly With His Song (Lori Lieberman) – VE

8. Yue Liang Dai Bio Wo De Xin (Chen Fen-Lan) – Hazrul Nizam

9. Januari (Glenn Fredly) – Dina Nadzir

10. Sweet Child O’mine (Guns N’ Roses) – Asheed Def Gab C

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

#Gegar Vaganza #GegarVaganza #GV9 #GegarVaganza 9