Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV9: Cabaran Bermula! Bertemakan Malar Segar, Ini Senarai 13 Lagu Konsert Kedua Malam Ini

Azwa Rahman
25/09/2022 07:24 MYT
Konsert minggu pertama Gegar Vaganzs 9 (GV9) menyaksikan 13 bintang mempersembahkan lagu hit sepanjang karier mereka sebagai penyanyi.

Pada minggu kedua yang bakal berlangsung hari ini, lagu-lagu yang diterima bertemakan ‘malar segar’.

Menerusi tema ini, bintang GV9 bakal mempersembahkan lagu hit dan popular penyanyi lain yang sentiasa mendapat putaran radio dan menjadi kegemaran peminat.

Tidak ada lagi bintang yang selesa membawakan lagu sendiri, setiap lagu ini pasti memberikan cabaran yang tersendiri.

Memetik kata juri tetap Datuk Ramli MS selepas konsert pertama minggu lalu, minggu ini.. the war is on!

Tak sabar menantikan cabaran bakal bermula menyanyi lagu penyanyi lain, jom semak semula senarai lagu minggu kedua konsert GV9.

Tema: Malar Segar

#GV9 #Gegar Vaganza 9 #Ada lagu ada lagi