Gegar Vaganza 9

GV9: Dangdut Shila Amzah Menjadi, Dapat 78.8%! Haida Hasnan Tersingkir Dengan Markah Cuma 53.4%

gempak
Azwa Rahman
02/10/2022
16:11 MYT
Sponsor Banner
GV9: Dangdut Shila Amzah Menjadi, Dapat 78.8%! Haida Hasnan Tersingkir Dengan Markah Cuma 53.4%
Langkah Haida Hasnan terhenti apabila persembahan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye mendapat markah terendah pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada malam, Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam pada itu, Shila Amzah menduduki tempat pertama apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu Secangkir Madu Merah nyanyian asal penyanyi dangdut popular Amelina.
Dengan bertemakan ‘Pilihanmu, Okay Lock’, 12 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Selain itu, Shila Amzah juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Tomok memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Shila Amzah - Secangkir Madu Merah (78.80 %)
Hetty Koes Endang: Enjoy tak nyanyinya? Hanya dangdut selalu dibuka dengan ral, saat di depan tadi, itu menurut bunda okay tapi sedikit bukan dangdut tapi ghazal. Cerdik untuk kamu. Nadanya nyaman, menurut bunda dangdut tak mudah tapi kalau kamu mahu mencintai dangdut, itu sangat hebat. Malam ini hanya sedikit hati-hati tapi ada point yang bunda suka cengkoknya. Hanya pada saat dangdut masuk irama berbeza, kamu terburu-buru dangdutnya tengah rush. Kamu mainkan nanti di belakang tembakannya. Lagu apa pun, genre apa pun harus kalian kuasi.
Bob Yusof - Zalikha (77.30%)
Hetty Koes Endang: Bunda mahu tanya menurut kamu, kamu sukses atau tidak? Jawab jujur. Salah seorang peserta yang cerdik. Bunda suka dengar bunyi drum,bass, gitarnya. Meriah sekali, jadi hidup. Jadi bob walaupun ia mengalir tapi bob menyanyi sepatah-sepatah. Arrangement ditukarkan. Bererti keinginan peserta Tokram menyetujui. Menurut bunda kamu berhasil menundukkan, memakan lagu ini. Lanjut!
Ramli MS: Arrangement Tidak pernah diubah, saya ubah mengikut selera mereka.
Hazrul Nizam - Fatwa Pujangga (71.90%)
Ramli MS: Sangat ke amat? Kamu menyanyi amat. Lirik sangat. Anyway, sebutan sangat jelas. Saya jarang dengar penyanyi TELAH kamu meluncur H tu. Bagus tu cuma feel ikut kepala saya kurang merdu. Okay, just okay.
Asheed Def Gab C - Yang Penting Happy (71.60%)
Syafinaz Selamat: Asyik betul bang! Sebenarnya saya tengok abang saya tak tulis apa, lain macam abang malam ni. Masing-masing ada stail gelekan tersendiri tapi tadi buat dia nampak manis. Dari Lina punya msrkah saya tambah dalam Asheed. Saya suka bila sebagai penyanyi fikirkan apa yang abang boleh buat. Abang tak cuba nyanyi penyanyi asal, abang tukar your style. Bahagian tu saya suka.
Jaclyn Victor - Perawan Atau Janda (71.40%)
Syafinaz Selamat: Saya rasa orang tengok dia tak peduli janda ke apa. Jac, memang seorang penyanyi yang sangat baik. Kasi lagu apa pun jalan. Walaupun kita tahu Jac bukan penyanyi dangdut tapi ktia tetap terhibur. Cuma maybe masa silloute you pose kelakar gila. Ada masa nampak Jac macam enjoy tapi nampak Jac kekok, just enjoy the moment. Good job Jac!
Tomok - Hukum Karma (66.80 %)
Ramli MS: Eh Tomok saya suka yang last sahaja. Kami di sini menjuri how you execute to vocal. Perubahan you tukar dari rock kepada samrah, lagi berat tau. Sebab kalau i nak copy original, nak atasi dia impossible. No one can atasi penyanyi asal. You buat versi samrah, 2 kali tau mati. Melodi lenggok arah memang susah nak disamrahkab but its nice try cuma saya ingatkan kita menjuri peserta how you execute. Bila you tukar lagi, lagi susah burden you all.
Syafinaz Selamat: Saya suka kreativiti Tomok dari minggu ke minggu. Selalu cuba buat sesuatu yang baru. Dari apsek execution betul Tokram cakap, suara itu masih perlu diperbaiki sana sini. Tapi sebenarnya saya proud melihat Tomok semakin dewasa.
Fuad Rahman - Gadis Melayu (65.90 %)
Syafinaz Selamat: Risau tengok kekalutan atas pentas. Fuad you dah nampak selesa, semakin selesa. Semakin menunjukkan taring. Pada saya you punya nada tinggi adalah forte. You naik senang. Jaga nada rendah. Gunakan pentas ni tanpa teragak. Jangan lupa communicate dengan gadis 4 orang tu. Tapi masa straight line kamu ada komunikasi yang baik. Tapi kalau Azira Syafinaz tak nak, Syafinaz pun boleh.
VE - Dari Sinar Mata (61.90%)
Hetty Koes Endang: Minggu pertama kedua, kalian harus ada chemistry group. Bunda faham suara ada kelebihan. Dikala ada harmonisasi, masuk backup vokal, tahan ego kalian beri kesempatan pada lead. Berdoa jangan terlalu force sebab ia merintih. Kedua pada saat kalian berempat, perlu ada pemecahan suara. Until next insyaallah kalau lanjut beri perhatian, berlatih berlatih berlatih pemecahan suara.
Dina Nadzir - Laksamana Raja Di Laut (61.70%)
Syafinaz Selamat: Nak tanya dari 1hingga 10. tahap kesukaran lagu ni di mana? Sebab saya rasa Dina macam dan biasa nyanyi lagu yg powerful, lagu melayu adakah biasa pada dina? I can see that, tapi pada saya nampak kesukaran di situ mungkin dari segi kelembutan, lenggoknya. Tapi pada saya hari ini walaupun compare dari aspek genre, persembahan keseluruhan baik dari minggu lepas. Pada saya your effort in trying your best to portray the malayness of the song saya tabik. Keep going.
Tom - Goyang Inul (55.50 %)
Hetty Koes Endang: Lagu Goyang Inul ini sudah merakyat dari segi muzik lirik tapi racunnya di saat muzik jaipong. Kan penonton juri di sini, kenapa kamu ke sini. Kedua, banyak sekali nada turun kerana banyak gerakan, itu muzik jaipong enak sekali tapi kamu jangan. Muzik dangdut tadi ada muzik beberapa kali tapi gerakan kamu sama. Kontrol kerana banyak sekali suara kamu yang flat. Bunda suka muzik dangdut makin disukai oleh rakyat Malaysia. Gegar Vaganza hebat!
Pat Candy - Cinta Gila (56.70 %)
Ramli MS: Kamu ni agak bertuah dapat aliran yang sama. Dah 3 minggu, this song banyak repeat tau. Sama je tidak ada satu benda yang kamu perbaharui dalam rangkap versi kedua, verse yang sama, benda yang sama. Sebab 3 benda yang sama dalam nyanyian yang sama, ini pertandingan. More stronger please. So work hard okay.
Haida Hasnan - Nang (53.40%)
Ramli MS: Haida, comel. You menyanyi lagu ni comel on visual. Tapi saya menjuri bunyi dan audio. Okaylah. Pilihan netizenkan. Its okay, tak semua orang nyanyi perfect. Tak semua orang boleh nyanyi lagu ni macam kamu. Understand la umur macam ni, tak semestinya semua orang boleh nyanyi semua lagu. But, cute.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live