Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 9

GV9: Hampir Hilang Suara Sebelum Konsert Finale, Shila Amzah; “Hari Rabu Telinga Pekak Sebelah ..."

Shahrin Zulkifle 28/11/2022 | 00:00 MYT

Penyanyi Shila Amzah akui kecewa dengan dirinya apabila tidak dapat melakukan persembahan yang baik di pentas akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) disebabkan mengalami masalah pada suara.

Jelas Shila, dia mengesan masalah tersebut pada Rabu minggu lalu, namun ia sudah pulih sebelum kembali teruk semula pada Ahad.

“Sebenarnya daripada hari Rabu, telinga saya dah pekak sebelah sebab ada bengkak, dan berlaku infection.

“Hari Jumaat masa sound check pertama memang dah tak ok, tapi alhamdulillah, waktu Semi Final Muzik-Muzik 37 suara saya sudah baik tapi saya tak tahu kenapa tiba-tiba macam rasa tak selesa semula.

“Ahad pagi saya dah hilang suara saya, tapi saya tak mampu buat apa. Perlu teruskan juga.

“Sudah pasti saya rasa kecewa, namun rasa kecewa itu lebih kepada tidak dapat buat yang terbaik sahaja, buat kecewa dengan keputusan,” kongsinya.

Shila berkata demikian usai konsert final GV9 yang berlangsung dari dewan Auditorium MBSA Shah Alam, pada Ahad.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, dirinya yakin mampu melakukan satu persembahan yang baik namun terpaksa akur dengan ujian tersebut selain menganggap tiada rezeki buatnya kali ini.

“Sebabnya untuk pusingan solo saya memang dah rancang untuk kedua-dua lagu tersebut saya dapat lakukan dalam keadaan suara saya yang sihat.

“Walaupun saya dapat semua props yang saya minta untuk final ini, tapi tentu lah daripada segi vokal saya yakin boleh buat lebih baik. Apa-apa pun berbalik kepada rezeki yang Allah tetapkan.

“Secara jujur, saya tak rasa suara hilang ini disebabkan terlalu banyak menyanyi atau latihan.

“Sebab semenjak saya mahu GV saya memang akan berlatih menyanyi setiap hari. Selain itu saya juga workout dan main badminton, itu adalah sebahagian daripada rutin harian saya,” tambahnya.

Terdahulu Shila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga GV9 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan, pakej penginapan di Royale Chulan Pulau Pinang beserta trofi.

Pentas akhir yang dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menyaksikan Shila telah membawakan lagu Secret Love Song dan Tak Ada Logika pada pusingan solo.

Sementara itu, pada pusingan battle pula, Shila digandingkan dengan Tomok menerusi lagu To Legit To Quit dan Party Sampai Pagi.

#Gegar Vaganza #Shila Amzah #GV9
;