Gegar Vaganza 9
GV9: Jaclyn Victor Menyengat Markah Tertinggi 92%, Pat Candy Tersingkir Dengan 58.4%… Semak Markah Penuh Semua Bintang!
Langkah Pat Candy terhenti apabila persembahan lagu Babak Pertama yang dibawa secara duet bersama Aepul Roza pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada malam, haben Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam pada itu, Jaclyn Victor menduduki tempat pertama apabila mendapat markah tertinggi menerusi lagu Cinta duet bersama Aina Abdul nyanyian asal Marsha Milan.
Dengan bertemakan Ku Seru, 10 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kelima dimenangi oleh Hazrul Nizam berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Selain itu, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Bob Yusof memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Jaclyn Victor ft Aina Abdul - Cinta (92%)
Ramli MS: Kamu berdua adalah references generasi sekarang, saya harap dua kamu nyanyi selamanya sampai akhir hayat, part tinggi tu kamu separate dan amat susah dibawa dan kamu bedua berjaya bawa, nafas energi, bravo!
Hetty Koes Endang: Kalau saya dah bagi standing ovation jadi tak perlu cakap lagi. Kamu beruntung dapat Aina Abdul, duet harus sehati harus sehaluan, itulah tadi kamu buat, selari ke kiri ke kanan.
Syafinaz Selamat: Saya sangat bangga lihat artis malaysia macam Jac dan Aina, beautiful.
Shila Amzah ft Mimi Fly -Tamparan Wanita (82%)
Hetty Koes Endang: Setiap minggu ke minggu Shila selalu buat kejutan demi kejutan. Lagu ini sangat bersemangat sekali, nampak bersemangat sebab saya tahu kamu dah baca isi cerita lagu ini.
Melihat kepada persembahan kamu tadi jelas kamu tak rasa takut. Kamu bangkit melalui persembahan tadi, Shila success!
Fuad Rahman ft Naqiu - Gemuruh (81.70%)
Syafinaz Selamat: You ada partner lain macam malam ni, bila ada partner yang beri vibe yang baik yang sama dengan vibe you, terus nampak best. Kalau minggu-minggu awal dulu awak nampak takut, malam ni nampak lain macam. Dari segi nyanyian saya suka part battle dengan drum yang senyap sekejap tadi tu.
Naqiu masuk makin naik shekh makin naik shekh saya sangat suka, awak malam ni berada di zon selamat.
Bob Yusof ft Zizi Kirana - Ombak Rindu (81.40%)
Syafinaz Selamat: Kalau minggu lepas saya minta Bob keluarkan x-factor, ternyata minggu ni dia bagi benda tu, memang boom, great job Bob. Penampilan awak malam ni saya suka dengan yang sebegini, sebab nampak tinggi dan nampak handsome.
Bob anda berada di zon selesa sebab awak keluar segalanaya yang ada pada anda malam ni. Gandingan mantap dengan Zizi, sebutan sebiji-sebiji keluar, rasa pun sampai, impact semua ada. Cumanya sikit je, bila nyanyi key berbeza akan ada modulation, cadangan saya, bila ada modulation, check note Zizi dan awak, nyanyi bersama dengan dia untuk dapatkan pitch yang betul supaya bunyi yang keluar lebih steady.
Tomok ft Suki Low - Mawarku (79.2%)
Ramli MS: Riyak ea, riyak yang confident, dia menyanyi style riyak, maksud riyak tu bunyinya tak sombong, menyanyi harus begitu, tak boleh menunjuk-nunjuk. Anyway I'm very happy for you., Lagu ni susah tapi kamu bawa cara kamu, saya suka, everything very details.
Tom ft Mus - Senja Nan Merah 76.40
Syafinaz Selamat: Minggu lepas you ok? Tom down sebab komen saya ke? Tapi walaupun awak bottom 3, I salute you masih kuat. Hari ni awak fight for your life, saya faham keadaan awak, awak perlukan kekuatan yang sangat tinggi. Semua orang bagi awak support. Saya nampak progress yang sangat baik. Intonasi ade off sikit, tapi improvement dari minggu pertama hingga hari ini sangat baik, saya doakan yang terbaik hari ini
Hetty Koes Endang: Teman duet kamu banyak membantu kamu malam ni, energi kamu ditambah oleh Muss, mudah mudahan aman kamu malam ini.
VE ft Nikki Palikat - Hanya Memuji (76.00%)
Bonda: Bonda senang melihat kemajuan setiap peserta dari minggu ke minggu, termasuk kamu VE. Setiap minggu ada peningkatan, tadi bonda check pembahagian suara sudah semakin baik, sangat bagus. Walaupun Bonda agak terganggu ada penari yang ramai, tapi tak mengapa. Satu pesan bonda, memandang suara sudah semakin baik, sekarang cuma cari satu pergerakan yang kamu boleh buat sama-sama. Koreograf harus difikirkan untuk minggu depan.
Hazrul Nizam fr Liza Hanim - Haram (73.90%)
Hetty Koes Endang: Hazrul, memang tidak mudah nak tampil buat persembahan pertama malam ini, untuk nyanyi lagu ini awak kena faham isi ceritanya, awak dah faham ke? Kamu juga tentu dah tahu apa yang kamu akan buat malam ni kan.
Dari segi persiapan kamu dah matang, kostum kamu saya suka, strategi kamu menjadi, penampilan kamu sukses untuk persembahan pertama walaupun tak boleh sentuh pasangan duet sebab haram tapi apa yang kamu sampaikan, yang kamu nyanyikan bukan mudah, kamu nyanyi untuk penonton dan juri, terus sukses.
Syafinaz Selamat: Lagu ini susah sebab dia keep on going, susah nak bernafas, you kena keep on cool, I rasa you macam nak cepat. Saya nak tegur sikit on dinamik, you really need to work on dinamik, main dengan volume. Bila ada lirik atau perkataan yang berulang selalu, agak sukar sebab nak emphasize, kalau nak emphasize boleh mainkan dengan accent, tadi ada advantange bila muzik stop, boleh play dekat situ, boleh main dengan emosi dekat situ.
Dina Nadzir ft Kaka Azraf - Karma (67.60%)
Ramli MS: You kena tahu you bersaing dengan bintang lain yang ganas-ganas, dia orang akan keep foward every week dari segi idea dan persembahan. Awak pula jangan berhenti, awak bernyanyi memang natural, tapi kamu kena celik tengok pesaing lain, mereka macam naga, awak nyanyi ok, tapi saya mahu lebih.
Asheed Def Gab C ft Tam Spider - Angin (66.20%)
Hetty Koes Endang: Awak kenal tak penyanyi indonesia, Farid Hardja? Dari minggu pertama sampai minggu sekarang, bonda tertanya-tanya suara kamu mirip siapa ya? rupanya Farid Hardja. Selama bonda jadi juri baru lihat ada step ‘yah’. Kalau show boleh buat step tu, kalau kompetasi jangan ada pergerakan ‘yah’, jadi Asheed tetap berdoa sahaja.
Pat Candy ft Aepul Roza - (Babak 58.40%)
Ramli MS: Penyanyi lelaki lebih menonjol, sebab lagu ni asalnya lagu lelaki, bila kamu ambil part yang lelaki nyanyi bunyinya jadi lain, bila kamu ambil dia nampak susah. Tenaga yang Epul beri lagi tinggi daripada tenaga awak bagi tadi. Note kamu nyanyi jadi rendah jugak. Kamu macam tiada energi.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Must-Watch Video