Gegar Vaganza 9

GV9: “Jika Dina Ada Malam Ini Pun Tetap Tiada Penyingkiran” - Ketua Saluran Astro Ria

gempak
Shahrin Zulkifle
23/10/2022
23:00 MYT
Sponsor Banner
GV9: “Jika Dina Ada Malam Ini Pun Tetap Tiada Penyingkiran” - Ketua Saluran Astro Ria

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) menyaksikan tiada penyingkiran malah menyelamatkan Dina Nadzir yang berada di kedudukan terendah.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Sallen, keputusan untuk tiada penyingkiran minggu keenam sudah termasuk dalam perancangan keseluruhan GV9.

Malah, keputusan tersebut juga tiada kaitan dengan berita kematian ayah kepada bintang Dina Nadzir yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.

“Ayah Dina meninggal pada pagi Ahad dan dia semalam ada juga bersama-sama dengan kita untuk sesi latihan.

“Malam ini juga sebenarnya adalah memang tiada penyingkiran dan kita juga telah berikan masa untuk Dina untuk selesaikan apa yang patut.

“Jika Dina ada malam ini pun tetap tiada penyingkiran, dalam 10 minggu bersiaran pihak GV sudah ada plan untuk ada tiga hingga empat kali tiada penyingkiran,” jelasnya.

Norzeha ditemui pada sesi sidang media usai konsert GV9 minggu keenam yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Terdahulu, Dina tidak dapat melakukan persembahan minggu keenam disebabkan bapanya telah meninggal dunia pada pagi Ahad. Malah slot persembahan tersebut telah digantikan oleh Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom.

Dalam pada itu, Tomok menduduki tempat pertama apabila mendapat markah tertinggi iaitu 84% menerusi lagu Everybody nyanyian asal Blackstreet Boys.

Dengan bertemakan Cintarasa Antara Benua, 10 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live