Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV9: JVSTARS Yakin Jaclyn Victor Jadi Juara! Mahu Kembalikan Zaman ‘Gemilang’ 18 Tahun Lalu

Shahrin Zulkifle
25/11/2022 13:00 MYT

“Kami 100 peratus yakin Jac akan menang!” demikian kata-kata ketua kelab peminat kepada bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor iaitu Yana Othman yang ingin melihat penyanyi tersebut bergelar juara di pentas final ahad ini.

Memilih nama JVSTARS sebagai nama rasmi kelab, Yana menjelaskan dia dan ahlinya mengharapkan penyanyi kesayangan mereka bakal melakukan sebuah persembahan yang sempurna di pentas final.

“Harapan kami untuk Jac di pentas final nanti adalah kami mahukan satu persembahan yang sempurna, yang mempunyai liga kelas tersendiri.

“Kami juga mahukan sebuah persembahan yang mampu memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang akan menonton persembahannya di pentas final GV nanti,” kongsinya kepada Gempak.

Dianggotai seramai 361 ahli, Yana yang mewakili JVSTARS turut membayangkan Jac bakal menyarungkan busana yang indah di pentas akhir GV9.

“Apa yang kami bayangkan untuk persembahan Jac di final adalah kami mengharapkan baju yang dipakai Jac nanti cantik dan mungkin ada sedikit olahan elemen suprise yang tidak dijangkakan,” tambahnya.

A post shared by JVstars_Official (@jvstars_official)

Dalam pada itu, Yana juga berharap pelantun lagu Gemilang itu bakal mengulangi kejayaan yang pernah dikecapi pada 18 tahun yang lalu.

“Sudah pasti kami mahukan Jac bergelar juara, apa yang Jac perlu buat adalah dia perlu ingat semula komen Datuk Syafinaz dimana minta dia hanya bersaing dengan diri sendiri.

“Kalau 18 tahun dia boleh menang satu pertandingan realiti TV Malaysia, why not kali ini di GV9, dia akan mengulangi kejayaan yang sama, seakan momen dejavu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Yana juga mendedahkan, JVSTARS bakal melakukan kejutan buat penyanyi kesayangan mereka itu sewaktu di pentas final yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MSBA pada Ahad.

“Persiapan kami daripada kelab peminat untuk pentas final, kami kekal dengan konsep minimalis dan sederhana.

“Kita buat banner dan bersorak ketika Jac buat persembahan, tapi akan ada kejutan daripada kami, nantikan pada malam final nanti,” kongsinya.

A post shared by JVstars_Official (@jvstars_official)

Pentas akhir GV9 bakal menyaksikan Jac membawakan dua buah lagu secara medley berjudul This Is Me dan It’s All Coming Back To Me Now untuk persembahan solo manakala bagi persembahan battle pula akan digandingkan bersama kumpulan VE.

#Gegar Vaganza #Jaclyn Victor #Gemilang #GV9 #JVSTARS