Gegar Vaganza 9

GV9: "Kadang-Kadang Orang Tanya Mana Saya Hilang?" - Bob Mahu Guna GV9 Untuk 'Hidupkan' Balik Nama, Tak Pernah Harap Menang

gempak
Shahrin Zulkifle
28/11/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
GV9: "Kadang-Kadang Orang Tanya Mana Saya Hilang?" - Bob Mahu Guna GV9 Untuk 'Hidupkan' Balik Nama, Tak Pernah Harap Menang

Naib Juara Gegar Vaganza 9 (GV9), Bob Yusof mendedahkan tujuan sebenar dirinya mengambil bahagian dalam program tersebut adalah untuk menaikkan semula namanya di dalam industri muzik.

Tidak berharap untuk menang, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 41, menjelaskan selepas berakhirnya GV, dia ingin memastikan orang ramai masih tahu kewujudan dirinya sebagai penyanyi.

“GV adalah satu program yang sangat mencabar, kami peserta yang masuk tak tahu pun macam mana rentak dalam ini. Bagi saya persaingan yang diberikan oleh peserta lain pun sangat hebat.

“Mula-mula saya terima tawaran masuk GV9, dalam fikiran saya tak pernah set nak menang, saya cuma mengharapkan saya dapat bina kembali jenama Bob Yusof itu.

“Saya nak hidupkan semula nama dan kerjaya saya, saya mahu orang tahu kewujudan saya masih ada,” kongsinya.

Bob berkata demikian usai konsert akhir GV9 yang berlangsung dari dewan Auditorium MBSA, pada Ahad.

Dalam masa sama, pelantun lagu Cinta Seorang Teman itu berkata, dia akan berusaha untuk menghasilkan karya yang lebih menarik dan berkualiti selepas ini.

“Kadang-kadang ada orang tanya, mana Bob, hilang ke? Saya tak hilang pun, cuma saya mengakui memang saya jenis yang kalau bukan kerja atau istilah senangnya, kalau tiada apa yang nak diuar-uarkan, saya tak buat sesuatu itu.

“Insya-Allah dengan setiap cabaran yang saya lalui di GV, boleh saya gunakan sebaik mungkin selepas ini.

“Saya cuba cari sesuatu yang terbaik yang saya boleh buat untuk kembalikan nama saya.

“Saya pun berani sahaja untuk buat macam-macam dan melakukan eksperimen untuk hasilkan karya yang disukai ramai,” tambahnya.

Terdahulu, Bob diumumkan sebagai pemenang tempat kedua GV9, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, pakej percutian ke Dubai Abu Dhabi, pakej penginapan di Royale Chulan Damansara dan trofi GV.

Konsert akhir menyaksikan Bob membawakan dua buah lagu secara medley pada pusingan solo iaitu Sejati dan Rahasia Perempuan. Manakala pada pusingan battle yang digandingkan beraama Hazrul Nizam menerusi lagu Ice Ice Baby dan Swipe.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live