Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV9: “Kepala Dia Dengan Saya Sama, Dua-Dua Boleh Masuk” - Sherry Alhadad Love Sepentas Dengan Kak Lina!

Mya Amri
10/10/2022 16:04 MYT
Pelakon Sherry Alhadad akui senang bekerjasama dengan hos Gegar Vaganza 9 (GV9), Elly Mazlein sewaktu mengendalikan program itu bersama.

Kata Sherry, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina yang bersikap happy go lucky itu amat profesional dan banyak membantunya.

“Dia punya kepala dengan saya macam sama tau. Boleh masuk dan kami memang duduk sekali, berbincang apa yang kami nak buat.

“Takut sebenarnya terutamanya saya, takut pada reaksi orang sebab minggu ini minggu kerohanian.

“Takut kalau kita terlebih, bahaya juga jadi kena seiring dengan tema. Kami pun perempuan, banyak benda kena jaga,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai GV9, Sherry akui pada mulanya dia agak kurang berani untuk menerima tawaran produksi bagi menggantikan Nabil.

“Nama GV itu sendiri besar, saya sangat takut nak buat GV kerana masa saya dengan Big Stage, penontonnya berbeza begitu juga dengan program ini

“Saya terkejut bila mendapat tahu tentang ujian yang menimpa Nabil. Jadi selepas itu, baru saya menyambut pelawaan produksi untuk menggantikannya.

“Kak Lina juga ada menghubungi saya untuk memberikan kata-kata semangat. Dia kata love you can do this, we can do this together,” kongsinya.

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

#Elly Mazlein #Gegar Vaganza #Sherry Alhadad #Kak Lina Pom Pom #Hos #Kak Lina #GV9 #Gegar Vaganza 9 #Gegar Vaganza 2022