Gegar Vaganza 9
GV9: “Lebih Banyak Yang Suka Walaupun Ada Kecaman,” - Elly Mazlein Tak Kecil Hati Didakwa Ganggu Persembahan
Penyanyi, Elly Mazlein akui tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak sewaktu mengendalikan program Gegar Vaganza 9 (GV9).
Menurut Elly, untuk mengacarakan program besar seperti GV bukan perkara mudah dan hanya mahu memberikan fokus untuk melakukan yang terbaik.
“Saya terpaksa tidak memikirkan tentang diri sendiri, setahu saya, saya mahu bersama-sama menjaga program ini supaya program ini hidup.
“Kadang-kadang penat tetapi saya tidak boleh tunjuk pada semua orang yang saya penat. Jadi bila tanggungjawab dah diberi, kita kena buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui Gempak.
Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan menggangu persembahan bintang GV9
Tambah Elly lagi, dia tidak terasa hati terhadap komen-komen negatif yang diberikan sebakiknya menganggap perkara itu sebagai lumrah menjadi pengacara.
“Memang saya menghormati pendapat orang luar tetapi kadang-kadang saya terpaksa tutup telinga.
“Saya memang terpaksa buat benda ini kerana ia memang permintaan dan kemahuan, jadi saya kena buat.
“Nak menggalas tanggungjawab untuk GV9 ini bukan mudah. Nasib baiklah bahagian saya ini lebih banyak yang suka, walaupun ada yang kecam, tetapi ada juga yang bidas balik.
“Sebenarnya saya tidak minta mereka berbalah, cuma saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya.
“Saya tidak risau pada netizen yang tidak suka sebab pada saya, tak mengapa, masing-masing ada pendapat sendiri.
“Saya kena terima cuma tinggal lagi macam mana cara saya nak menangani perkara itu. Sebab itu di Instagram saya tidak meletakkan apa-apa visual untuk membetulkan keadaan.
“Sebab pada saya jawapan sudah ada terang-terang dekat TV, tengok sahaja. Untuk saya mengulas balik, rasanya macam tidak perlu.
“Itu sebabnya saya tidak tunjuk apa-apa, pada saya tak apa, satu hari nanti mereka akan tahu kebenarannya.
“Saya tak pernah marah sesiapa pun cuma saya beri masa mungkin nanti mereka akan nampak,” jelasnya.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.