Gegar Vaganza 9

GV9: “Lepas Nyanyi Baru Perasan..” - Shila Amzah Jawab Motif Letak Sharnaaz Ahmad Depan Pentas

gempak
Azwa Rahman
26/09/2022
17:13 MYT
Sponsor Banner
GV9: “Lepas Nyanyi Baru Perasan..” - Shila Amzah Jawab Motif Letak Sharnaaz Ahmad Depan Pentas
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) tidak mengetahui langsung tentang kehadiran bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad pada persembahan konsert minggu kedua yang berlangsung malam tadi.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, dia tiada masalah dan bersikap profesional memandangkan kisahnya dan Sharnaaz berlaku 10 tahun lalu.
“Saya ada dengar ura-ura mengatakan dia akan datang dan saya okay je. Saya tiada masalah apa-apa, saya yang bertanding dan bukannya dia. Kisah saya dan dia dah 10 tahun pun.
“Semasa lepas menyanyi baru saya perasan kewujudan dia bila Kak Lina mention. Saya ada pandang dia tapi dia pakai cermin mata hitam so saya tak tahu dia balas ke tak,” ujar Shila.
Jelasnya lagi, dia tidak terjejas jika sejarahnya bersama aktor filem Jebat itu masih diperkatakan sehingga ke hari ini.
“Alhamdulillah, saya membesar depan mata lensa-lensa. Jadi kadang benda-benda bangang kita buat sebelum ni memang terlihat la kan.
“Tapi nak buat macam mana, its up there. Saya nak salahkan orang yang masih berkata tentang itu, masih ingat dengan jelas, tak kan saya nak pergi kat mereka minta tolong mereka lupakan.
“To be honest, this part of competition, kita perlu juga mengambil kira yang this is showbiz. Kalau tanya saya pada ketika umur saya 22 tahun, of course saya akan tertanya-tanya kenapa dia muncul. Tapi bila you tanya aaya sekarang, saya akan macam ‘oh, dia ada? Okay’,” jelasnya lagi.
Shila ditemui pada majlis sidang media konsert kedua GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Pelantun lagu Patah Seribu itu mempersembahkan lagu nyanyian asal Liza Hanim, Getaran Cinta Di Jiwa dan berjaya meletakkannya di kedudukan nombor tiga minggu ini.
Imbas kembali, hubungan Shila dan Sharnaaz terputus di tengah jalan sekitar tahun 2023 selepas mendapat halangan keluarga.
Dalam pada itu, Shila tidak menolak jika menerima tawaran bersama Sharnaaz selepas ini tetapi akan memperhalusi tujuan dan niat sebenar gandingan tersebut sebelum menerimanya.
“Kalau diberi peluang untuk bekerjasama, dia depends pada apa kerja tersebut. Berbaloi tak, i will take into consideration sebab saya tak mahu ambil sesuatu naskhah atas sebab mungkin pihak tu nak menghidupkan sesuatu yang sudah tiada.
“Kalau ada yang nak ambil kesempatan untuk guna situasi itu juga pun tak best. Sama ada kerja tu bagus atau tidak, apa yang akan terlibat adalah bonding yang sudah tiada tu orang nak ada kan,” akhirnya.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024