Gegar Vaganza 9

GV9: Luck Dina Nadzir! Tak Tersingkir Walau Markah Terendah 60.6%, Jaclyn Victor Rampas Balik Juara Mingguan Dengan 85%

gempak
Asyikin Mayudin
06/11/2022
16:04 MYT
Sponsor Banner
GV9: Luck Dina Nadzir! Tak Tersingkir Walau Markah Terendah 60.6%, Jaclyn Victor Rampas Balik Juara Mingguan Dengan 85%
Biarpun menerima markah terendah sebanyak 60.6%, namun Dina Nadzir menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
Dengan bertemakan Kata Di Kota, Nama Di Carta, 9 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi Indonesia Raisa diundang sebagai juri jemputan.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kelapan dimenangi oleh Tomok berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Manakala Bob Yusof memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang barangan masakan bertekanan tinggi Cuckoo CH10 bernilai RM2,700.
Selain itu, Jaclyn memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Jaclyn Victor (Lelaki Ini) - 85%
Hetty Koes Endang Minggu ke minggu memang semua peserta stress, pasti. Kerana menghafal lagu, belum lirik, dan penjiwaan. Kamu ini istilahnya, dalam pertandingan dah kira kecil. Kamu sangat beruntung nyanyi lagu Anuar Zain, lagu ni mencabar dan range besar sekali. Kamu pintar menahan. Penjiwaan kamu, setiap korus jangan sama. Tapi kamu pintar.
VE (Rozana) - 80.4%
Syafinaz Selamat Wow romantik betul. Saya rasa macam salah seorang wanita atas pentas tu. Look, saya sangat sukar. Tapi nyanyi jangan takut-takut. Nyanyian agak sempurna, saya suka. Bukan la sempurna, hampir. Saya suka close harmoni, persembahan ni sangat 'mengenyangkan'. Cuma nasihat saya, keempat-empat punya suara bagus, ada kuat lebih daripada lain.
Saya rasa, Hakim kena kerja keras dekat vokal, bukan tak sedap tapi ada yang lebih kuat. Kena pastikan semua seimbang.
Tomok (Mentera Semerah Padi) - 79%
Ramli MS Sudah tentu original punya lain. Untuk you punya persembahan, saya melihat pada diri kamu bukan orang lain. Kerja keras kamu ni terbukti. Tomok, you punya versi. More new idea, more kreativiti. Penguasaan pentas, anda berjaya.
Hazrul Nizam (Widuri) - 73.4%
Raisa Saya sangat teruja yang awak boleh buat lagu ni sangat fresh, saya mahu beri tepukan kepada band kerana saya sangat enjoy. Saya sangat enjoy pada awal persembahan, enjoy awak melihat penonton. Saya fikir awak punya karekter menonjol di penghujung. Sangat menarik.
Syafinaz Selamat Saya sangat mencemburui suara awak sangat cantik. Untuk malam, bantuan pernafasan. Suara awak sangat beautiful tak perlu prop. Saya suka bila lagu lama diberikan nafas baru, tapi tak over do it. Boleh tukar tak baju tu? Setiap minggu kadang-kadang okay, most of the time tak. Kena do something.
Bob (My Baby You) - 72.9%
Raisa Saya suka sangat dengan vokal, terus saya nada tinggi, ada emosi, benar benar tegas nyanyinya. Saya suka sangat, saya rasa menunggu-nunggu kapan naik, tinggi dari mula sampai akhir, tapi tambah emosi lagi. Saya sangat enjoy dengan persembahan.
Shila Amzah (Coba) - 71.2%
Hetty Koes Endang Menurut bunda malam ni nyanyian kamu cukup bagus tapi bunda perlu sampaikan benda jujur, song 1 itu keunikan suara kamu untuk bunda belum terdengar. Mahu keunikan suara. Yang dimaksud bunda tu, next week kamu harus cari bagaimana keunikan suara kamu. Tanpa lihat kamu, orang tahu itu kamu. Itu penting sebagai seorang penyanyi.
Fuad Rahman (Laila Namamu Teratas) - 69.8%
Hetty Koes Endang Sebetulnya malam hari ni, bunda suka sekali. Dengan pembawakan lagu kamu, bunda lihat sini, rock balada tidak ada yang salah. Hanya, pesan saya satu saja mikrofon tu dari awal sampai akhir pegang terus. Banyak nada tinggi, kamu pegang, ada beberapa lirik boleh lepas tangan. Jangan semua pegang, mikrofon tu bukan hanya untuk pegang. Mainkan untuk kelihatan lebih bicara. Hati-hati di terakhir saja.
Asheed (Tiara) - 63.2%
Syafinaz Selamat Feel awal patut berterusan sampai akhir, saya suka idea tu, cuma saya mengharapkan berterusan dengan idea tu. Bahagian sebelum korus hadapi masalah? Masalah range rendah ke macam mana? Tapi saya nampak awak susah nak menyanyi. Posture kena berdiri dengan betul. Nampak kecil tapi masalah terbesar seorang penyanyi. Masalah pernafasan akan berlaku disebabkan posture badan. Apa yang saya suka, tone suara bunyi mewah. You boleh inject bunyi sebegini dalam nyanyian.
Dina (Hijau) - 60.6%
Ramli MS You are struggling. Tak ada acuan dan hala tuju, dia punya feel dan jiwa. Dekat belakang tu, your feel and scream, merayau semua. Markah rendah untuk persembahan ini.
Syafinaz Selamat Saya nak semua orang sedar Dina seorang yang baru saja selesai mengalami COVID-19. Dina sepatutnya voice stres, dengar suara Dina lain. Kekuatan tak sama kerana dia telah dijangkiti COVID-19. You must very smart choosing right for singing. Anything can happen now. Hati-hati guna suara anda. Setuju dengan Tok Ram, you ada masalah intonasi, you pernah menyanyi lagi teruk. Saya tak cakap ni paling teruk, tapi you boleh lakukan terbaik.
Hetty Koes Endang Mungkin untuk para peserta, diwajibkan pakai earphone, tapi lepaskan satu untuk nyaman. Bunda pun tak biasa. Bunda tak tahu kamu baru sakit, sebab ni pertandingan.
*** GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live